Sumber Rujukan Globalisasi Anda

AWESOME! TANAMAN ‘OVERSIZE’, BAJA ASLI DARI 1 BATANG PISANG

Batang Pisang jadi baja? Pokok pisang adalah pokok yang mudah didapati di kampung atau di halaman rumah. Daun pokok pisang boleh dijadikan pembalut makanan.Antara makanan yang boleh membalut ialah nasi lemak,tapai,lepat pisang dan pulut udang.

Buah pisang semakin terkenal di negara Malaysia. Buah pisang boleh dijadikan makanan.Kerepek,pisang goreng,pengat dan kuih ialah hasil daripada buah pisang. Buah pisang juga boleh dijadikan pencuci mulut. Jantung pisang pula ada banyak kegunaan.Kita juga boleh menjadikan jantung pisang sebagai ulam. Jantung pisang juga boleh dijadikan kerabu. Justeru,jantung pisang sangat berguna kepada kita.

Selalunya batang pisang boleh dijadikan tali dan rakit. Batang pisang juga boleh dijadikan makanan kepada manusia.Gulai batang pisang semakin hari semakin terkenal .Gulai batang pisang tersebut di perbuat daripada batang pisang. Selain itu, gunakan untuk bercucuk tanam sayur. Tebuk beberapa lubang pada batang pokok pisang. Isikan kompos dan kemudian semai biji benih sayur seperti kangkung, sawi, salad (lettuce), dan pelbagai lagi.

Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi akarnya, batangnya, daunnya, buahnya mahupun jantung pisang. Pada hari ini, kegunaan pisang adalah lebih meluas lagi . Ia bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dengan menggunakan teknologi moden sehingga mampu mendatangkan pulangan yang lumayan.

Isi Kandungan

Hasilkan Baja Dari Pokok Pisang

Pokok pisang sudah berbuah dan dituai? Selalunya pokok akan ditebang kerana tidak elok biarkan pokok pisang berbuah dua kali. Daripada pokok pisang yang ditebang untuk diambil buah dilupuskan begitu sahaja, ada baiknya diproses untuk hasilkan MOL untuk mengalakkan pertumbuhan tanaman.

Bagaimana cara menghasilkan MOL?

Bahan-bahan: 

1 pokok pisang
Gula merah

Cara-cara: 

1. Racik atau cincang pokok pisang untuk memudahkan proses perapan

 
AWESOME! TANAMAN 'OVERSIZE', BAJA ASLI DARI 1 BATANG PISANG 1

2. Sediakan satu bahagian batang yang telah dicincang dan 1 bahagian gula merah. Dalam kes ni, En Rahman gunakan 1.5 kg batang pisang dan 1.5 kg gula merah

AWESOME! TANAMAN 'OVERSIZE', BAJA ASLI DARI 1 BATANG PISANG 2
AWESOME! TANAMAN 'OVERSIZE', BAJA ASLI DARI 1 BATANG PISANG 3

3. Gaulkan kedua-dua bahan dan masukkan ke dalam bekas perapan. Tutup ketat bekas perapan dan di simpan selama seminggu

AWESOME! TANAMAN 'OVERSIZE', BAJA ASLI DARI 1 BATANG PISANG 4

4. Setelah di perap seminggu, tapiskan dan asingkan sisa dari air

AWESOME! TANAMAN 'OVERSIZE', BAJA ASLI DARI 1 BATANG PISANG 5
AWESOME! TANAMAN 'OVERSIZE', BAJA ASLI DARI 1 BATANG PISANG 6

6. Untuk kegunaan, campurkan 50ml MOL batang pisang bersama 20 liter air dan sesuai dijadikan sebagai siraman seminggu sekali. Atau spray pada daun setiap hari diwaktu pagi untuk penghasilan buah yang optimum

AWESOME! TANAMAN 'OVERSIZE', BAJA ASLI DARI 1 BATANG PISANG 7

Mudah bukan? Jadi selepas ini batang pisang jangan dibuang. Buat baja asli,tanaman pun sihat dan berbuah gred A. Tidak perlu gunakan baja kimia lagi. Bahan-bahan pun mudah dan murah.

Kesimpulannya, pokok pisang semuanya berguna. Buah boleh dimakan, daun boleh diguna buat bungkus nasi lemak, balut kuih dan macam-macam lagi. Jantung pisang boleh dibuat gulai. Batang pisang juga berguna untuk hasilkan tanaman yang berkualiti. Semua tertakluk pada diri sendiri untuk memanfaatkan pokok pisang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More