Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarian Kematian Di Ghana Yang Kini Tular Melibatkan Meme 6 Lelaki

Tarian Kematian Di Ghana: Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh dunia, rata-rata masyarakat mempunyai masa yang banyak untuk mencari bahan menghiburkan diri. Bukan saja setakat mencuba pelbagai resepi.

Tipulah jika anda tidak pernah lihat meme 6 lelaki berkulit hitam dan bergaya rapi serta mereka membawa keranda sambil menari. Meme ini cukup terkenal di media sosial kerana kelihatan kelakar dan menghiburkan. Penulis sendiri ada tengok video tersebut di facebook.

Isi Kandungan

Tarian Kematian Di Ghana

Di Twitter, video ini sudah menjadi tular apabila mereka dijadikan sebagai meme kerana ia kelihatan kelakar dan menghiburkan dengan jenaka berbentuk dark humor

Kebiasaannya, upaca pengebumian bagi mana-mana agama akan diadakan dengan suasana yang menyedihkan dan penuh penghormatan. Secara logiknya, siapa yang tak sedih apabila insan tersayang pergi meninggalkan dunia kan?

Namun lain pula yang terjadi di Ghana apabila sekumpulan lelaki dengan nama The Dancing Coffin mempunyai cara yang tersendiri untuk mengendalikan proses pengebumian.

Enam lelaki berkulit hitam itu merupakan penari untuk The Dancing Coffin. Penari ini dibayar untuk menari ketika ada orang yang meninggal dunia di Ghana sewaktu pemakaman.

The Dancing Coffin akan membawa keranda dengan tarian dan muzik latar yang begitu menghiburkan. Mengapa kematian disambut dengan Tarian Kematian Di Ghana begini?

Menurut pengasas mereka, Benjamin Aidoo, ini adalah cara mereka untuk meraikan pemergian insan tersayang kepada si pencipta. Tambahnya lagi, dia tidak mahu orang ramai bersedih apabila berlakunya kematian

Untuk pengetahuan anda, tarian kematian ini bukanlah satu tradisi atau adat satu ketika dahulu tetapi ianya trend yang direka untuk menghilangkan ketakutan dan kesedihan masyarakat sepanjang pemakaman dilaksanakan.

Dari satu trend, kini The Dancing Coffin ini menjadi tradisi buat masyarakat di Ghana. Malah, Benjamin Aidoo memiliki pekerja dalam 100 orang untuk menari The Dancing Coffin secara profesional.

Difahamkan, pakaian yang digunakan tidak hanya berwarna hitam tetapi terdapat juga warna hijau dan putih. Setiap warna pada pakaian yang digunakan oleh penari tampil dengan harga berbeza.

Setiap tempat memiliki budaya yang tersendiri dan mungkin bagi kita ia hanyalah meme tetapi bagi mereka di Ghana ia adalah satu tradisi untuk pengebumian.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More