Kadar Tarif Elektrik Baharu Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai kadar tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Isi Kandungan
Pengenalan Jadual Tarif Elektrik Baharu
Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027.
Menurut Suruhanjaya Tenaga, 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif selaras kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation – IBR).
Struktur tarif elektrik baharu ini bertujuan untuk menjadikan bil elektrik anda lebih jelas, adil dan selaras dengan keadaan pasaran semasa dan ia memperkenalkan beberapa penambahbaikan utama seperti berikut:
Kategori Tarif | Kategori tarif kini berasaskan tahap voltan dan bukan jenis aktiviti pelanggan (seperti komersial atau industri). Ini menjadikan struktur tarif lebih mudah difahami: – Domestik. – Bukan Domestik: Voltan Rendah, Voltan Sederhana dan Voltan Tinggi. |
Komponen Bil yang Dipecahkan Secara Terperinci | Bil elektrik anda kini menunjukkan pecahan kos yang lebih jelas, disusun dalam tiga komponen utama: 1. Caj Penjanaan – Menampung kos penjanaan elektrik, termasuk: – Caj Tenaga – Kos bahan api untuk menjana elektrik. – Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) – Mencerminkan turun naik harga bahan api global dan kadar pertukaran mata wang. – Caj Kapasiti – Bayaran di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA). 2. Caj Rangkaian – Menampung kos penghantaran elektrik ke premis anda, termasuk penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur. 3. Caj Runcit – Meliputi kos perkhidmatan pelanggan, pengebilan dan pengurusan akaun. |
Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) | AFA menggantikan mekanisme kadar Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang terdahulu dan ia melaras tarif setiap bulan berdasarkan ramalan harga bahan api dan kadar tukaran asing. Manfaat kepada pengguna termasuk: 1. Penyesuaian tarif yang lebih telus dan mudah difahami. 2. Mengelakkan kejutan bil akibat lonjakan tarif besar. 3. Menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap. |
Penambahbaikan Skim Masa Penggunaan Atau Time of Use (ToU) | Skim ToU kini diperluas kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah yang mempunyai pemasangan smart meter. Tempoh waktu puncak dan luar puncak telah disemak semula untuk lebih mencerminkan permintaan dan kos sistem sebenar. Pelanggan boleh menjimatkan bil dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak. |
Kesimpulannya, struktur tarif baharu ini memupuk ketelusan, kecekapan dan memberi lebih kawalan kepada pelanggan dalam mengurus penggunaan serta perbelanjaan elektrik mereka.

Lebih 23 juta pengguna Semenanjung Malaysia dijamin tidak terjejas dengan pelaksanaan Penstrukturan Semula Tarif Elektrik yang akan bermula pada 1 Julai 2025.
Ketahui Penstrukturan Tarif Elektrik Baharu
Struktur tarif baharu ini tidak lagi menggunakan sistem bertingkat (tiered pricing) seperti sebelumnya.
Ini bermaksud, jika kebiasaanya kita membayar dari 21.8 sen/kWh (untuk penggunaan bawah 200kWh) sehingga 57.1 sen/kWh (lebih 900kWh), bermula 1 Julai 2025, semua akan menggunakan kadar asas 45.40 sen/kWh.
Tetapi, kadar ini akan disertakan dengan pecahan caj mengikut komponen iaitu tenaga, kapasiti, rangkaian dan runcit.
Tarif elektrik baharu ini akan dibahagikan kepada beberapa komponen dan dipaparkan dalam bil seperti berikut:
- Caj Penjanaan
- Caj Rangkaian
- Caj Peruncitan
Sebagai pengguna, kita akan lihat setiap komponen bil dengan jelas, seperti dalam infografik di bawah:

Menurut laman web Tenaga Nasional Berhad (TNB), pada Julai 2025, pelanggan akan menerima bil peralihan. Bil ini akan merangkumi:
- Penggunaan elektrik sehingga 30 Jun 2025, yang akan dicaj berdasarkan tarif lama; dan
- Penggunaan bermula 1 Julai 2025 dan seterusnya, yang akan dikira berdasarkan tarif baharu.
Pelanggan juga akan menerima risalah daripada Pembaca Meter yang mengesahkan bahawa bacaan meter telah dibuat. Menurut risalah tersebut:
- Bil peralihan akan tersedia dalam masa 24 jam melalui aplikasi dan portal myTNB.
- Bagi pelanggan yang menerima bil bercetak, bil akan dihantar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh bacaan meter.
Bil elektrik untuk Ogos 2025 kemudiannya akan menunjukkan semua perubahan sepenuhnya, termasuk kadar tarif baharu dan komponen bil yang diperincikan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Tarif Elektrik Baharu ini, pengguna digalakkan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454, e-mel ke [email protected] atau pun melalui platform rasmi TNB yang lain.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!