Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023

Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 kini mula dikreditkan dan diagihkan kepada penerima yang berstatus ‘LAYAK’ mulai 17 November 2023, baru-baru ini.

Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Isi Kandungan

Semakan Kelulusan Bantuan Musim Tengkujuh BMT RISDA 2023

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2023 ini, berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.

Semakan kelulusan bantuan boleh dilakukan pada pautan berikut atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Pemohon boleh membuat semakan di pautan berikut:

>>>Semakan Kelulusan Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023<<<

Sila masukkan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR. Status kelulusan akan dipaparkan seperti dalam gambar seperti berikut.

Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023

Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023

Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:

  • Fasa 1 (November 2023 – RM200)
  • Fasa 2 (Disember 2023 – RM200)
  • Fasa 3 (Januari 2024 – RM200)
  • Fasa 4 (Februari 2024 – RM200)

Bagi kelulusan yang telah disahkan ‘LAYAK’ sehingga 13 November 2023, Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 bagi Fasa 1 iaitu pada peringkat pertama kini telah mula dikreditkan bermula 17 November 2023 ke dalam akaun penerima.

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Untuk makluman pemohon, setiap permohonan BMT 2023 perlu disemak dan diluluskan di pejabat berkenaan sebelum proses bayaran boleh dilakukan.

Terdapat 3 status permohonan yang akan dipaparkan iaitu:

  1. DALAM PROSES – Permohonan telah diterima dan dalam proses kelulusan.
  2. LAYAK – Permohonan telah diluluskan, dalam proses untuk bayaran.
  3. TIDAK LAYAK – Permohonan ditolak, hubungi pejabat RISDA berdekatan untuk semakan terperinci.

Bagi yang masih berstatus ‘DALAM PROSES’, pemohon boleh hubungi pejabat RISDA yang tertera dalam semakan status atau di dalam Portal Pekebun Kecil RISDA.

Pemohon boleh meminta pegawai untuk membuat semakan permohonan secara terperinci dan terus membuat kelulusan.

Jika pemohon mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.

Kaedah Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023

  • Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
  • Bagi penerima yang telah dikreditkan bayaran BMT 2023 adalah seperti gambar berikut.

Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan bantuan berkaitan Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 ini, anda boleh hubungi talian 03 – 4251 2125 / 03 – 4251 2135 atau 03 – 4251 2023.

Diharapkan info terkini tentang Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya semua pemohon dan penerima bantuan tersebut.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More