Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Bayaran Bonus Perayaan 2020

14 Mei 2020. Hari ini merupakan hari pembayaran gaji penjawat awam.  Pembayaran gaji diawalkan kerana bulan Mei ini, ada dua perayaan besar iaitu Hari Raya Aidil Fitri pada 24 dan 25 Mei 2020(ikut dalam kalendar) dan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei 2020.

Sedar tak sedar umat Islam sudah berpuasa selama 21 hari, dan berbaki  9 hari saja lagi. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pun dilanjutkan hingga 9 Jun 2020, seperti yang telah diumumkan oleh PM kita. Walaubagaimanapun, kerajaan masih prihatin terhadap kebajikan rakyat dengan Bayaran Khas Bantuan Tunai Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2020.

Pada 27 Mac 2020 iaitu pada pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PREPR), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan bayaran khas iaitu bantuan tunai sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah ternasuk perkerja secara kontrak

Bayaran khas bantuan tunai turut diberikan kepada pesara kerajaan sebanyak RM500.

Selain itu, Bayaran Bonus Perayaan Aidil Fitri 2020 juga akan dibayar pada tarikh yang telah ditetapkan.

BANTUAN Khas Aidilfitri 2020 bernilai RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 20 Mei ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Katanya, bantuan itu membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah.

Turut menerima bantuan khas adalah pesara kerajaan yang menerima pencen, bernilai RM250.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan pada 20 Mei ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata pegawai perkhidmatan awam akan menerima sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

Katanya, bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai yang tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

“Pegawai yang tidak layak menerima bantuan adalah pegawai dalam pengurusan tertinggi dan setaraf, pegawai yang dijatuh hukuman tatatertib, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 20 Mei.

“Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan turut ditangguhkan bantuan dan hanya layak diberi sekiranya pegawai terbabit tidak bersalah.

“Dalam pada itu, pekerja sambilan harian juga akan menerima bantuan RM500 dengan syarat tempoh kontraknya berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pesara kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan akan dibayar RM250 manakala pesara yang dilantik semula secara kontrak akan menerima RM500.

“Bagi pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia pada 20 Mei juga layak menerima RM500 yang akan dibayar oleh jabatan terakhir dia berkhidmat,” katanya.

Sumber : Bharian

BONUS KHAS PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN BAJET 2020

Bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM250 kepada pesara kerajaan

Bantuan khas kewangan turut diberikan kepada veteran tidak berpencen sebanyak RM250

Penjawat Awam

Bantuan Khas Aidilfitri 2020

20 Mei 2020

Pesara Kerajaan

Bantuan Khas Aidilfitri 2020

20 Mei 2020

Status bayaran bantuan khas atau bonus raya 2020 adalah rasmi mengikut pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 2020 seperti pautan di BANTUAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2020

BAYARAN BONUS PERAYAAN AIDILFITRI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN 2020

Terkini Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020

PEGAWAI YANG LAYAK TERIMA BAYARAN BONUS PERAYAAN AIDILFITRI TAHUN 2020

BetulPegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service

BetulPegawai yang bercuti bergaji penuh

BetulPegawai yang bercuti separuh gaji

BetulPegawai yang bercuti tanpa gaji

BetulPegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai

Selain itu, Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 turut dipanjangkan kepada

BetulGuru Interim;

BetulPemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan

BetulPemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971
BetulPekerja Sambulan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK

BetulPegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangki, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred  Jawatan Utama / Gred Khas;

BetulPegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020;

BetulPegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020; dan
BetulPegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020

BONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN NEGERI

Beberapa buah negeri telah pun mengumumkan bantuan khas aidilfitri bagi kakitangan kerajaan negeri masing-masing. Berikut adalah jumlah bonus raya bagi setiap kerjaaan negeri serta tarikh pembayarannya bagi tahun 2020

                                                                                                                                          Tarikh Pembayaran

01.   Kedah           RM500                                                                              20 Mei 2020

02.  Pahang        RM500 (Gred Jusa dan ke bawah)                        19 Mei 2020


TARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN KHAS KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN PAKEJ RANSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

Penjawat Awam

Bantuan Tunai PREPR

23 April 2020

 

Pesara Kerajaan

Bantuan Tunai PREPR

23 April 2020

PEGAWAI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2020

BetulPegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
BetulPegawai yang bercuti bergaji penuh
BetulPegawai yang bercuti separuh gaji
BetulPegawai yang bercuti tanpa gaji
BetulPegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai
Selain itu, Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 turut dipanjangkan kepada
 BetulGuru Interim
BetulPemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
BetulPemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK

BetulPegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred  Jawatan Utama / Gred Khas;
BetulPegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020;
BetulPegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020; dan
BetulPegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020

Untuk maklumat lengkap mengenai bayaran khas ini, sila rujuk kepada pekeliling menerusi judul pautan BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2020

Semoga dengan adanya Bayaran Bonus Perayaan Aidil Fitri dan Bantuan Khas Kakitangan Awam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini dapat meringankan bebanan sepanjang PKP – PKPB ini. Berbelanjalah dengan lebih berhemah ya.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More