Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini | Tarikh Bayaran BPR Fasa Pertama Februari 2021

Semasa perbentangan belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan satu bentuk bantuan yang dinamakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan diberikan kepada mereka yang layak mengikut kadar pendapatan isi rumah yang telah digariskan.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini menyasarkan golongan daripada B40 sehingga M40 yang mempunyai pendapatan isi rumah maksimun RM5000.

Kadar BPR 2021

  • Individu Bujang berpendapatan kurang dari RM2500: RM350
  • Isi rumah pendapatan kurang dari RM2500 : RM1200 (1 orang anak), RM1800 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM4001- RM5000 : RM500 (1 orang anak), RM750 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM2501- RM4000 : RM800 (1 orang anak), RM1200 (2 orang anak ke atas).

Tarikh Bayaran BPR Fasa Pertama

Pembayaran fasa pertama akan dilakukan pada penghujung Februari 2021 secara berperingkat.

Kadar bagi bayaran fasa pertama adalah:

  • Kategori Isi rumah : RM 300
  • Individu Bujang Berumur 21 tahun- 59 Tahun / OKU Berumur 18-59 tahun : RM150

Kaedah Pembayaran Fasa Pertama

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit ke BSH 2020 dan BPN  2.0 termasuk rayuan.
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 atau BPN 2.0  adalah secara tunai.

Anda masih berpeluang untuk membuat permohonan dan kemaskini maklumat sehingga pada 15 Februari 2021. Bagi permohonan mereka yang telah diluluskan BSH 2020 atau BPN 2.0, mereka hanya perlu membuat kemas kini di portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my.

Menarik: Cara Membuat Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Tarikh Bayaran BPRPenutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Tarikh Bayaran BPR Fasa Pertama Februari 2021 ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan  info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More