Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Bayaran & Jumlah Baki BPR Fasa 2

Menurut kenyataan oleh LHDN / Kementerian Kewangan yang terkini, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua dijangka akan dibuat mulai awal bulan Mei 2021 ini. Setelah bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Fasa 1) diagihkan secara berperingkat mulai 24 Februari lalu, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang bayaran Fasa Kedua.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang BPR Fasa 2 untuk makluman bersama.

jumlah

Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2

Baki bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua ini berbeza mengikut Kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga,

Jumlah bayaran yang akan diterima boleh dirujuk melalui jadual di bawah ini.

Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama telah menerima jumlah bayaran berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Kategori Bujang: RM150

Bagi yang masih belum menerima bayaran BPR Fasa Pertama tempoh hari, anda boleh membuat panggilan terus ke LHDN atau membuat semakan status secara online mengikut langkah di bawah.

Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Artikel lain: Bazar ikonik Jalan Hang Tuah ditutup

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More