Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Cuti Khas Sekolah KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Tarikh Cuti Khas Sekolah KPM telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan sempena membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti yang kita sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan terbesar yang disambut oleh semua umat Islam di Malaysia.

Hiasan juga dapat dilihat di rumah-rumah, kedai, kompleks membeli-belah serta sepanjang jalan sejak Ramadan menjelma lagi. Di sesetengah negara lain, Hari Raya Aidil adha lebih diraikan dan lebih meriah sambutannya berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Perayaan ini disambut bagi meraikan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah dengan mengikut kaedah ‘melihat anak bulan’ / rukyah seperti mana penentuan bulan Ramadan.

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1444H/2023M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara dan mengikut kalendar masihi, tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023 adalah pada 22 April 2023 iaitu pada hari Sabtu bagi semua negeri di Malaysia.

Justeru, dengan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk memberikan tarikh cuti khas sekolah KPM kepada guru dan murid pada 19 April 2023 menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menterinya, Fadlina Sidek berkata, pemberian tarikh cuti khas sekolah KPM itu adalah bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

“Keputusan ini adalah memudahkan urusan guru dan ibu bapa terutama yang bertugas di negeri lain yang terpaksa merentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Majlis Ikrar Bebas Rasuah Dan Forum Integriti Kementerian Pendidikan Tahun 2023 di sini pada Selasa.

Bagi tahun 2023 ini, cuti Hari Raya Aidilfitri adalah berdekatan dengan Hari Buruh, iaitu cuti umum yang disambut 1 Mei setiap tahun dan cuti pertengahan penggal sekolah juga ditetapkan oleh KPM pada tarikh tersebut.

Tarikh Cuti Khas Sekolah KPM

“KPM bersetuju untuk memberikan satu hari cuti tambahan KPM pada 19 April 2023 untuk Kumpulan A dan Kumpulan B.”

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Isi Kandungan

Tarikh Cuti Khas Sekolah KPM

Tarikh cuti khas sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri serta cuti penggal sekolah bagi tahun 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

KUMPULAN A : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

  • 19 April 2023 (Rabu)
  • Jumlah cuti : 11 hari – 20 April 2023 (Khamis) hingga 29 April 2023 (Sabtu)

KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

  • 19 April 2023 (Rabu), 20 April 2023 (Khamis) & 21 April 2023 (Jumaat)
  • Jumlah cuti : 12 hari – 20 April 2023 (Khamis) hingga 30 April 2023 (Ahad)

Seterusnya, sila rujuk jadual di bawah untuk memudahkan perancangan anda.

Tarikh Cuti Khas Sekolah KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 1

**Jadual belum dikemaskini dengan cuti tambahan pada 19 April 2023. / Sumber: Facebook Muhammad Fariez

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan tarikh cuti khas sekolah KPM ini atau info terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Semoga perkongsian tentang Tarikh Cuti Khas Sekolah KPM ini dapat meluaskan info kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di luar sana. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah disarankan agar memberi perhatian terhadap tarikh-tarikh cuti berkenaan bagi sesi persekolahan tersebut. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini daripada tcer.my kerana kami sentiasa memberikan anda info yang tepat dan sahih. Sebarkan untuk manfaat bersama.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More