Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Pemulaan Puasa 2020 Di Malaysia

Seperti yang kita sudah sedia maklum, hari ini sudah masuk hari ke-26 Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Dua hari saja lagi PKP masuk fasa 3, yang bermula pada 15 hingga 28 April 2020. Sedar tak sedar tinggal 13 hari lagi Bulan Ramadhan akan menjelang.

Walaupun wabak pandemik ini masih belum hilang sepenuhnya, namun ibadah puasa tetap kita akan jalani. Cuma, tiadanya solat Tarawih dimasjid atau di surau. Bazaar? Mungkin ada sesetengah tempat yang sudah mengeluarkan arahan supaya bazaar ditiadakan.  Semoga kita semua dijauhi dari wabak ini.

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2020) mulai pada tarikh 24 April 2020 (Masihi) Bersamaan 1 Ramadhan 1441 (Hijrah). Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Maklumat  berhubung dengan perkara ini adalah berdasarkan rujukan  pada Kalendar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun 2020 Masihi / 1441-1442 Hijrah bagi Malaysia

TARIKH PERMULAAN PUASA BULAN RAMADHAN 2020 DI MALAYSIA

Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2020 pada 24 April, Jumaat ini bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada hari Khamis, 23 April 2020 bersamaan 29 Syaaban 1441H

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More