Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022 & Kaedah Semakan 2023

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini. Dengan rasminya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) tidak lama lagi.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10.00 pagi. Keputusan SPM juga boleh disemak secara dalam talian (online) tanpa hadir ke sekolah.

Namun perlu diingatkan sistem tersebut bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. Walaupun begitu, calon tetap perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.

Isi Kandungan

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022

Bagi calon yang telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2022, Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023. Apa pun keputusan yang diperolehi, tahniah!

Selamat maju jaya diucapkan untuk anda yang bakal menerima keputusan SPM tidak lama lagi. Semoga anda dapat menerima keputusan yang ditakdirkan dengan hati yang terbuka. Apa pun keputusan yang diterima, itulah hasil penat lelah anda selama ini dan itulah rezeki yang telah Allah SWT tetapkan.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022 

Kaedah Semakan Keputusan SPM 2022

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan keputusan SPM masing-masing melalui kaedah berikut:

Kaedah 1: Semakan Di Sekolah Masing-Masing

  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.
  • Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.

atau

Kaedah 2: Semakan Secara Online

  • Semak secara dalam talian (online) pada pautan Semakan Keputusan SPM untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.

atau

Kaedah 3: Semakan Secara SMS

  • Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan slip peperiksaan SPM 2022 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
  • Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.

Seterusnya, sila rujuk kenyataan rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada lampiran di bawah:

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022

Semak Semula Keputusan SPM

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (eLP) hanya dibuka kepada mereka yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

  • Bagi Permohonan Melalui Pos
    1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    2. Kokotkan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
    3. Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
  • Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
    1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    2. Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Maklumat Lanjut

Untuk makluman, talian semakan ini akan berlaku kesesakan apabila keputusan dibuka. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh terus ke Bahagian Soalan & Aduan Lembaga e-Peperiksaan dan semoga maklumat tentang Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2022 ini dapat memberi kemudahan dan manfaat kepada anda. Selamat berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More