Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tawaran Kompaun Khas Flat Rate RM150 Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2025

Berikut dikongsikan mengenai berita baik yang telah diwarwarkan baru-baru ini berkaitan dengan Tawaran Kompaun Khas Flat Rate RM150 yang terkini.

Isi Kandungan

JPJ Lanjut Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah memaklumkan bahawa Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150 yang berakhir pada 30 Jun 2025 kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025.

Untuk makluman semua rakyat Malaysia, YB Menteri Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate) – RM150 kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih bermula 3 Januari 2025 sehingga 30 Jun 2025.

Sehingga 30 Jun 2025, hanya 442,870 saman telah berjaya diselesaikan menerusi tawaran yang diperkenalkan sejak 2 Januari 2025.

Berdasarkan kepada rekod, masih terdapat sebanyak 2,025,322 saman yang belum dijelaskan.

Justeru, orang ramai disaran untuk tidak melepaskan peluang pelanjutan tawaran ini dengan menyelesaikan saman tertunggak sebelum tempoh tawaran berakhir pada 31 Disember 2025.

Kegagalan menyelesaikan mana-mana saman yang boleh dikompaun sama ada yang tertunggak atau yang telah melebihi tarikh kompaun boleh menyebabkan kenderaan disenarai hitam oleh jabatan ini secara automatik oleh sistem bermula 1 Julai 2025.

Perkara ini telah dimaklumkan pada kenyataan media rasmi oleh JPJ Malaysia pada 1 Julai 2025.

Tawaran Kompaun Khas Flat Rate RM150 Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2025 1

Tawaran Kompaun Khas Flat Rate RM150

Berikut adalah 3 kategori saman yang dibenarkan bagi tawaran ini, iaitu:

  1. Saman AwAS (Saman 53A) – Dari Oktober 2018 sehingga kini.
  2. Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat) – Dari Tahun 2024 dan ke bawah.
  3. Notis 115 / Notis JPJ (P 23) (Permintaan Butir-Butir Pemandu) – Dari Tahun 2024 dan ke bawah.

Orang awam boleh menyemak dan menyelesaikan pembayaran saman (kecuali saluran MyEG dan Pejabat Pos Malaysia) melalui saluran-saluran berikut:

  • Aplikasi MyJPJ.
  • Portal Awam mySIKAP.
  • Kios JPJ.
  • JPJ Mobile.
  • Kaunter JPJ.
Tawaran Kompaun Khas Flat Rate RM150 Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2025 2
Tawaran Kompaun Khas Flat Rate RM150

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Tawaran Kompaun Khas Flat Rate RM150 ini, sila rujuk Portal Rasmi JPJ atau terus hubungi JPJ Negeri / Cawangan yang berdekatan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More