Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ini 5 Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps

Adakah Anda Tahu Bahawa Ada Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps?

Bayangkan, pada satu hari anda memuat naik satu video di media sosial untuk mempromosikan kedai yang baru sahaja dibuka. Tiba-tiba, telefon pintar anda dipenuhi dengan bunyi menandakan notifikasi telefon telah masuk.

Rupa-rupanya, video yang anda muat naik itu telah meraih perhatian warga maya dan rata-rata soalan yang diterima ialah ‘kedai di mana?’ dan anda pula baru berkecimpung dalam bidang tersebut semestinya panik kerana alamat kedai masih belum dikemas kini di dalam Google Maps atau Waze.

Nak bagi arahan kepada pelanggan untuk sampai ke kedai pun agak susah kerana tidak semua biasa dengan kawasan perumahan anda. Jadi, nak tak nak anda perlu masukkan alamat kedai dalam pemetaan web.

Isi Kandungan

Adakah Anda Tahu Bahawa Ada Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps?

Tapi sebelum itu, anda tahu tak sebenarnya ada Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps?

Anda perasan tak kadang-kadang apabila ingin mencari suatu tempat khusus itu memang tidak jumpa?

Pastikan anda tahu perkara ini, kalau tidak memang terpaksa bagi arahan untuk sampai ke tempat yang ingin dituju secara manual.

Kalau nak tahu, terdapat beberapa jenis Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps dan anda tidak boleh tambah begitu sahaja di dalam peta. Jom ikuti perkongsian berikut.

Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps

Ini Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps

Antara Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps ialah tempat tersebut tidak mempunyai

  1. lokasi tidak tetap.
  2. penyenaraian yang tidak kekal.
  3. tiada kewujudan fizikal.
  4. penyenaraian dan premis peribadi.
  5. bukan untuk awam.

Lokasi Tidak Tetap

Kebiasaannya, lokasi tidak tetap ini terjadi semasa peniaga atau penjual berpindah ke kawasan yang lain disebabkan oleh terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.

  • Sekiranya sebuah perniagaan ditutup ‘sementara’ selama lebih daripada dua minggu, ia juga tidak boleh ditambah dalam peta. Hal ini kerana boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.
  • Seterusnya, perniagaan haram di negara atau negeri tertentu. Peniaga menjual barangan yang tidak sepatutnya dijual kepada umum sebagai contoh dadah.
  • Perlu tahu juga, seseorang tidak boleh menambah kawasan dalam peta jika ia adalah tempat untuk disewa atau dijual.
  • Peta digunakan hanya untuk memberi arah kepada perniagaan yang masih berjalan dan kerana itu juga perniagaan bermusim tanpa lokasi tetap serta ia berulang adalah tidak dibenarkan ditambah dalam peta.
  • Kemudian, individu melakukan acara sementara, iaitu sekali sahaja seumur hidup. Perkara sebegini tidak boleh ditambah kerana ia bersifat tidak kekal.
  • Selain itu, melakukan rumah percutian tanpa pengurusan tetap di tapak. Individu mahu melakukan perniagaan inap desa namun tidak menyewa di tapak tersebut.
  • Seterusnya, peta turut tidak membenarkan perkhidmatan hiburan dewasa (jika haram di negara) ditambah pada peta.

Penyenaraian Yang Tidak Kekal

Dalam kategori ini, ia lebih menumpukan tentang acara atau perniagaan bermusim yang berulang namun tidak mempunyai lokasi yang tetap.

Sekiranya ini terjadi, digalakkan kepada individu tersebut menyewa tempat yang dikenali ramai kerana ia lebih mudah.

Bukan kedai sahaja yang tidak boleh ditambah malah jalan yang berlubang juga tidak dapat diletakkan dalam peta susulan ia adalah penyenaraian yang tidak kekal.

Kerana hari ini mungkin jalan berlubang, esok kemungkinan telah ditampal oleh pihak berwajib.

Tiada Kewujudan Fizikal

Apabila bercakap mengenai premis fizikal ini selalunya ia berkait rapat dengan perniagaan dalam talian.

Jadi, jika dalam talian ia memang tidak mempunyai kewujudan fizikal melainkan ia ada menyatakan premis tersebut mempunyai kedai fizikal.

Yang tidak mempunyai premis fizikal ialah pusat panggilan dan juga perniagaan dalam talian sahaja, seperti yang dinyatakan Google Support.

Penyenaraian Dan Premis Peribadi 

Kategori ini membincangkan tentang premis peribadi seperti rumah selebriti dan juga rumah anda.

Tidak menjadi isu untuk meletakkan alamat rumah namun untuk nyatakan secara khusus seperti ‘rumah Lady Gaga’ dalam peta adalah tidak dibenarkan.

Jika nak pergi ke rumah selebriti itu, hanya taipkan sahaja alamat rumahnya.

Bukan Untuk Awam

Butiran tentang pertubuhan tentera atau sensitif seperti pangkalan peluru, depoh peluru berpandu, berek tentera atau loji kuasa nuklear yang tidak diketahui umum atau tidak boleh ditemui di tapak web rasmi atau kerajaan.

Kredit Sumber: Google Support & Siakap Keli

Diharapkan info tentang Tempat-Tempat Yang Tak Boleh Letak Dalam Google Maps ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More