Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kenali Biodata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Fadillah Yusof

Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang terbaru telah diumumkan oleh Kabinet tempoh hari. Nun jauh dari Sarawak, mungkin ramai masih tidak mengenali DS Fadillah Yusof Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal menerajui negara bersama DS Zahid Hamidi bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  Duo itu dilantik oleh Perdana menteri DS Anwar Ibrahim pada pada pengumuman Senarai Kabinet pada 2 Disember lalu.

Kenali Biodata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Fadillah Yusof 1

Isi Kandungan

PERLANTIKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Perlantikan DS Fadillah Yusof itu sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai gabungan kerajaan perpaduan yang mengangkat ketua parti gabungan utama itu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Parti Gabungan Sarawak (GPS) yang beroleh 23 kerusi.

Selain menjadi orang nombor dua terpenting dalam Kabinet Malaysia 2022, DS Fadillah Yusof juga turut diberi tanggungjawab memegang portfolio sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Masih tertanya-tanya siapakah beliau? Tcer sediakan beberapa info penting termasuk biodata untuk kita sama-sama berkenalan dengan Timbalan Perdana Menteri yang baharu ini, DS Fadillah Yusof.

Kenali Biodata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Fadillah Yusof 2

BIODATA TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATO’ SRI FADILLAH YUSOF

Nama: Fadillah Yusof

Tarikh Lahir : 17 April 1962

Umur : 60 tahun

Tempat Lahir: Kampung Hilir, Sibu, Sarawak

Status : Berkahwin, isterinya Datin Seri Ruziah Mohd Tahir dan dikurniakan 5 orang anak

Pendidikan : Pemegang Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya.

Ahli Parlimen : P194 Petra Jaya

Jawatan : Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

PENGALAMAN POLITIK

Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam politik dan disayangi penduduk setempat. Ini terbukti apabila beliau berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Petra Jaya empat penggal berturut-turut sejak 2004 lagi.

Berikut adalah sedikit ringkasan pengalaman sebelum beliau mendapat jawatan tersebut.

  • Berpengalaman luas dalam Kabinet Persekutuan dan pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri.
  • Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (Di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi)
  • Menteri Kerja Raya (Di bawah pimpinan Dato Sri Najib Razak)
  • Menteri Kerja Raya (Di bawah pimpinan TS Muhyiddin Yassin)
  • Menteri Kanan Kerja Raya (Di bawah pimpinan Dato Sri Ismail Sabri)

Kenali Biodata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Fadillah Yusof 3

PENUTUP

Menerusi pilihan raya ke-15 yang lalu, Datuk Seri Fadillah Yusof sah memenangi kerusi Parlimen Petra Jaya meraih 54,745 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 41,363.

Anda semua boleh lah merujuk kepada Facebook DS Fadillah Yusof  untuk mengetahui update dan isu semasa serta gerak kerja yang dilalukan sepanjang tempoh beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More