Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Untuk Elak Scammer Daripada Berleluasa

Kini, laman pembelian atas talian seperti Lazada mahupun Shoppee sudah boleh berdiri setaraf gedung membeli belah yang bertapak atas tanah. Apa tidaknya, pembelian seperti ini boleh dilakukan di rumah tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas. Terdapat segelintir pihak yang mula untuk mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti penipuan dan golongan ini dikenali sebagai scammer.

scammer

Tambahan pula, dengan perintah kawalan pergerakan kini, ramai yang memilih untuk membeli barangan melalui kaedah ini bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Barangan seperti topeng muka, pencuci tangan, makanan harian sehinggalah perkakas rumah boleh didapati melalui aplikasi ini.

Ada juga yang risau akan perkara ini lebih – lebih lagi orang tua yang baru pertama kali menggunakan e-Wallet. Scammer akan tetap menjalankan aktiviti hariannya tidak kira umur dan pekerjaan mangsanya.

Justeru, penting bagi setiap individu untuk memastikan pembelian atas talian adalah daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dipraktikan bagi mengekang senario ditipu oleh scammer daripada berlaku.

Isi Kandungan

Jangan Angkat Panggilan Telefon daripada Nombor Yang Aneh

Anda ditegah daripada menjawab panggilan telefon dari nombor yang kelihatan aneh terutamanya panggilan luar negara. Panggilan telefon dari luar negara yang mengajak anda untuk membeli sesuatu ataupun mengatakan bahawa anda telah memenangi suatu pertandingan perlu untuk diperiksa terlebih dahulu. Kadangkala, scammer ini boleh mengakses maklumat peribadi ketika anda menjawab panggilan tersebut. Sebaiknya, anda dapatkan maklumat pemanggil sebelum menjawab telefon tersebut.

Pastikan Anda Tidak Sewenang – Wenangnya Memberikan Maklumat Peribadi

Sejak berlakunya perintah kawalan pergerakan dalam membasmi penularan COVID-19, kerajaan telah menggarap pelbagai inisiatif dalam membantu golongan yang terjejas dari segi kewangan. Antaranya ialah pengeluaran wang simpan KWSP, program rangsangan bantuan dan seumpama dengannya. Melihat kepada pendekatan ini, ramai scammer mula untuk menyamar menjadi ejen kerajaan dan berhubung dengan orang awam serta meminta nombor kad pengenalan, nombor akaun bank serta nombor TAC. Seandainya benar mereka mewakili organisasi kerajaan, maklumat berikut sememangnya ada dalam rekod mereka dan hanya untuk disemak bersama anda. Orang ramai seharusnya berhubung terus dengan pihak kerajaan berdaftar dan bukannya ejen.

Menyemak Maklumat Organisasi Ataupun Akaun Penjual Barangan

Teknologi kini semua di hujung jari sahaja. Oleh itu, anda hendaklah untuk menyemak apa-apa prosedur bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Pastikan setiap nombor telefon yang menghubungi anda sama dengan yang tertera pada lama rasmi kerajaan. Hal ini untuk mengelakkan aktiviti penyamaran. Bagi aplikasi atau laman jualan lain pula, sila baca maklum balas pelanggan terdahulu dan pastikan bahawa jualan mereka berdaftar serta tidak pernah disenaraihitamkan. Terdapat banyak laman sesawang yang boleh untuk diakses bagi mengenalpasti scammer. Sebagai contoh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID), SCAM.MY dan Truecaller.

Sebaiknya Membeli Pada Platform Yang Ada Sistem Jaminan

Sistem jaminan merupakan pendekatan bagi melindungi pelanggan daripada ditipu, mendapatkan barangan yang tidak berkualiti,melebihi tarikh luput serta jika berlakunya kerosakan barang. Pendek kata, ia merupakan warranty kepada pembeli. Dengan ini pelanggan berhak untuk memulangkan barangan tersebut atau mendapatkan ganti rugi. Polisi ini akan tertera kepada pelanggan setiap kali pembelian. Sebagai contoh Lazada Guarantee, Shoppee Guarantee dan PayPal Buyer Protection. Sesetengah jaminan membolehkan barangan tersebut untuk sampai kepada pelanggan barulah caj dikenakan.

Semak Transaksi Dan Maklumat Pembelian

Setiap kali anda membuat pembelian, pastikan anda menyemak akaun bank bagi memastikan bahawa jumlah pembelian sama seperti yang tertera pada laman jualan. Selepas itu, simpan bukti pembelian seperti resit, perbualan pada aplikasi sosial, email serta laman web. Hal ini penting terutamanya bagi kes barangan tidak sampai kepada pelanggan. Jika berlaku masalah yang tidak diingini, anda boleh untuk salurkan aduan pada Khidmat e-aduan di KPDNHEP, e-Tribunal Portal atau terus membuat laporan polis.

Penutup

Sebagai konklusi, kita kini sedang mengalami fasa peralihan pembelian barang secara fizikal kepada alam maya dan senario ini dirancakkan lagi oleh kawalan pergerakan yang menyebabkan orang awam beralih kepada pembelian atas talian. Beli secara berhemah, kenali scammer dan pastikan anda membeli pada medium yang berdaftar yang dipercayai.

Artikel lain: Khas Ramadhan | Hukum Tersalah Bersahur Atau Berbuka Puasa Bukan Pada Waktunya

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More