Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Buat TNB Aduan Gangguan Elektrik

TNB Aduan Gangguan Elektrik adalah salah satu langkah untuk kita mengambil tindakan sebagai tindak balas bekalan elektrik yang terputus di kejiranan atau premis kita.

Sebagai pelanggan dan pengguna perkhidmatan elektrik Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) banyak perkara yang anda perlu tahu mengenai hak-hak anda selaku pengguna.

Masalah gangguan elektrik sering berlaku di sesuatu tempat secara berkala atau jarang berdasarkan keadaan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak TNB.

Namun, penting untuk anda mempunyai asas untuk berhubung pihak TNB Aduan Gangguan Elektrik apabila terjadi ‘blackout’ secara tiba-tiba.

Isi Kandungan

Tanggungjawab Sebagai Pengguna untuk Membuat Aduan

Sebagai pengguna, anda perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang timbul berkenaan masalah perkhidmatan elektrik kepada TNB.

TNB akan cuba sedaya upaya untuk bantu memudahkan dan menyelesaikan masalah secepat mungkin.

Dengan kemahiran dan servis yang terbaik disediakan oleh TNB, maka tiada masalah jika anda melaporkan dengan segera kepada pihak yang bertanggungjawab.

Sebelum anda melaporkan TNB Aduan Gangguan Elektrik di kawasan anda, adalah penting untuk memahami mengapa anda perlu membuat aduan.

Berikut adalah beberapa situasi masalah yang anda boleh pertimbangkan untuk membuat laporan dalam kes TNB Aduan Gangguan Elektrik yang berlaku di kawasan anda.

Jenis Gangguan

Tindakan Yang Boleh Diambil

Terputus Bekalan Elektrik

  • Seandainya anda mengalami gangguan bekalan elektrik di rumah atau premis anda, anda perlu segera melaporkan masalah ini kepada TNB melalui Careline 15454 atau aplikasi mudah alih.

Lampu Jalan Tidak Berfungsi

  • Sekiranya anda perasan lampu jalan di kawasan perumahan anda tidak berfungsi, maka anda perlu melaporkannya kepada TNB.
  • Ini membantu meningkatkan keselamatan jalan raya dan mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku.
  • Anda boleh terus melaporkan masalah ini melalui Careline 15454 atau SMS menggunakan nombor tiang lampu jalan yang disediakan.

Gangguan Elektrik Berulang

  • Jika anda menghadapi masalah seperti gangguan elektrik yang berulang di kediaman atau premis, anda boleh menghubungi TNB untuk mengenalpasti punca sebenar gangguan elektrik berulang.
  • Walaubagainmanapun, dalam situasi ini perlu untuk anda menjalankan pemeriksaan dalaman dahulu seperti memastikan peralatan elektrik di rumah anda berfungsi dengan baik sebelum melaporkan masalah kepada TNB.

Kerosakan Pada Infrastruktur Elektrik Awam

  • Jika anda memperhatikan sebarang kerosakan pada tiang elektrik, papan suis awam, atau lain-lain infrastruktur elektrik di kawasan awam, anda perlu melaporkannya kepada TNB atau pihak berkuasa tempatan.
  • Kerosakan ini mungkin membahayakan keselamatan orang ramai.

Gangguan Bekalan Elektrik Luar Biasa

  • Sekiranya anda mengalami gangguan elektrik yang luar biasa, seperti yang disebabkan oleh bencana semula jadi, anda perlu melaporkannya kepada TNB dan mendengar arahan mereka.
  • Anda juga perlu menyediakan maklumat tentang keadaan sekitar kepada pihak TNB untuk membantu dalam usaha pemulihan.

Kehilangan Bekalan Elektrik Selepas Bayaran

  • Jika anda mengalami pemutusan bekalan elektrik selepas membayar bil elektrik, anda perlu segera menghubungi TNB dan menyediakan bukti pembayaran.
  • Ini membantu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

Kemusnahan Atau Kerosakan Akibat Kerja Binaan Atau Pembaikan

  • Sekiranya ada kerja binaan atau pembaikan yang menyebabkan kemusnahan atau kerosakan kepada infrastruktur elektrik di kawasan anda, anda perlu segera melaporkan kejadian ini kepada TNB atau pihak berkuasa yang berkaitan.

Penggunaan Elektrik Yang Tidak Selamat

  • Jika anda mendapati sebarang aktiviti atau penggunaan elektrik yang tidak selamat di kawasan anda, seperti pencurian elektrik, anda perlu melaporkannya kepada TNB.
  • Ini membantu mencegah risiko kebakaran atau kemalangan elektrik.

TNB Aduan Gangguan Elektrik

Sebelum membuat aduan, anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu punca gangguan.

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada premis anda boleh berpunca daripada pelbagai faktor.

Terdapat langkah yang perlu anda buat sebelum melaporkan TNB Aduan Gangguan Elektrik dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah:

  1. Semak Kotak Agihan Elektrik milik anda, pastikan suis Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau Residual Circuit Device (RCD) dalam keadaan ‘ON’ (suis menghala ke atas) atau tidak.
  2. Jika suis ELCB / RCD berada dalam keadaan ‘ON’, anda boleh semak sama ada gangguan bekalan melibatkan rumah anda sahaja, rumah-rumah lain yang berhampiran, lampu jalan atau kawasan sekeliling anda.
  3. Kemudian, anda boleh hubungi 15454 atau PM (Private Message) FB TNB Careline untuk membuat laporan gangguan bekalan elektrik.

TNB Careline sedia membantu anda 24 jam setiap hari.

Untuk penerangan khusus bagi membuat aduan, anda boleh merujuk infografik dibawah bagi penerangan yang terperinci untuk memastikan aduan anda kepada pihak TNB dengan kadar segera.

TNB Aduan Gangguan Elektrik

Cara Membuat TNB Aduan Gangguan Elektrik

Pelbagai cara untuk menghubungi pihak TNB bagi membuat aduan termasuk panggilan telefon, laman web, atau aplikasi mudah alih.

Berikut adalah cara untuk membuat TNB Aduan Gangguan Elektrik terus kepada TNB iaitu

  1. TNB Careline 15454
  2. Panggilan Suara

TNB Careline 15454

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menubuhkan Pusat Pengurusan Panggilan (CMC), yang menawarkan komunikasi serba lengkap bagi bertindak balas segera terhadap pengurusan gangguan semasa kejadian blackout.

Anda hanya perlu dail atau SMS 15454 di mana-mana di Semenanjung Malaysia dan di kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit dengan kos panggilan tempatan untuk panggilan suara, dan panggilan SMS adalah percuma.

Ini adalah salah satu cara yang mudah untuk anda membuat TNB Aduan Gangguan Elektrik.

Panggilan Suara

Semua panggilan diuruskan oleh ejen khidmat pelanggan yang terlatih yang akan menjawab pertanyaan pelanggan serta permintaan perkhidmatan dan bantuan semasa situasi terputus bekalan elektrik.

Maklumat dari penelefon akan disampaikan melalui Sistem Pengurusan Gangguan TNB (TOMS), dan akan diuruskan oleh Pusat Pengurusan Perkhidmatan yang terdekat dengan lokasi yang terjejas di seluruh negara.

Ketika anda menghubungi talian TNB, pihak TNB akan meminta anda menyediakan beberapa maklumat seperti dibawah iaitu

  1. Nombor hubungan diri.
  2. Nama & Alamat.
  3. Untuk laporan terputus bekalan elektrik, pengguna dinasihatkan untuk memberikan maklumat terperinci tentang gangguan bagi menentukan sama ada masalah terhad kepada kawasan pengguna atau berpunca dari sistem bekalan TNB.
  4. Anda juga akan dinasihatkan untuk memberikan maklumat tentang sama ada gangguan tersebut hanya terkesan kepada rumah anda atau kejiranan yang lain juga.

TNB Aduan Gangguan Elektrik

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan TNB Aduan Gangguan Elektrik ini, anda boleh bertanyakan terus kepad pihak TNB melalui media sosial yang tersedia untuk kegunaan pelanggan.

Berikut adalah laman media sosial yang anda boleh mendapatkan informasi terkini dan melakukan perbualan iaitu:

Diharapkan perkongsian info tentang TNB Aduan Gangguan Elektrik ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More