Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TNB luaskan capaian internet jalur lebar di Melaka

CAPAIAN INTERNET JALUR LEBAR DI MELAKA HASIL USAHA TNB

tnb

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) berjaya melengkapkan pembinaan infrastruktur gentian optik yang mampu menghubungkan lebih 17,000 kediaman di negeri Melaka bagi menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dengan tersedianya infrastruktur gentian optik ini, Allo sebagai penyedia akses terbuka berjaya meluaskan potensi capaian internet jalur lebar berkelajuan (HSBB) sehingga 1Gbps di Melaka yang kini disediakan oleh pembekal perkhidmatan runcit (RSP) Maxis, Astro, Digi dan Celcom.

“Penyediaan infrastuktur HSBB ini secara tidak langsung menggambarkan sokongan TNB dalam merapatkan jurang digital di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini.

“Justeru melalui Allo, TNB menawarkan perkhidmatan segmen ini dalam bentuk yang lebih pantas, lagi diyakini,” katanya ketika merasmikan rangkaian infrastruktur jalur lebar peringkat negeri Melaka hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Sulaiman Md. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din.

Mahdzir berkata, terbaharu, kawasan yang mendapat faedah infrastruktur tersebut ialah Alor Gajah (8,500 kediaman), Malim Jaya (4,400), Ayer Keroh (500) dan sekitar Jasin (2,500).

“Kejayaan itu adalah susulan projek rintis HSBB yang siap dalam tempoh kurang dari tiga bulan bermula Januari 2019 yang menghubungkan 1,100 kediaman di Taman Maju, Taman Merbau Perdana dan Felda Kemendor.

“Kemudahan infrastruktur gentian optik ini membuka peluang kepada lebih ramai penduduk Melaka untuk mendapat akses kepada internet jalur lebar pada harga yang berpatutan, seterusnya capaian kepada pelbagai sumber maklumat selain pendidikan dalam talian,” ujarnya.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Permohonan BSN Micro Pemerkasa

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More