Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tol Percuma dan Cuti Umum Pada 18 19 November Sempena PRU 15

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tol Percuma dan Cuti Umum Pada 18 19 November Sempena PRU 15 1

“Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya.

Selain itu, kerajaan mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini.

Tol Percuma

Tol Percuma

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Bagi memudahkan pengundi balik mengundi, sebanyak 30 konsesi lebuh raya bersetuju tawar tol percuma selama dua hari kepada pengguna sempena PRU15.

Tol Percuma dan Cuti Umum Pada 18 19 November Sempena PRU 15 2

“Tol bermula itu bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam 19 November,” katanya ketika merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya, di sini, petang ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More