Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai tol percuma sempena Hari Raya Aidilftri 2024 yang berkuatkuasa pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Isi Kandungan

Pengumuman Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Pemberian tol percuma sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 selama dua (2) hari, iaitu 8 April 2024 dan 9 April 2024 akan diberikan kepada Kenderaan Persendirian (Kelas 1) sahaja.

Pemberian tol percuma ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitik beratkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Diharapkan pengguna lebuhraya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan sebaiknya.

Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 1
Tol Percuma Sempena Hari Raya

Berikut merupakan kenyataan media rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya berkaitan tol percuma sempena perayaan Aidilfitri 2024.

Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 2
Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024
Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 3
Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Cara Menikmati Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri Di Lebuhraya PLUS

Pengguna akan menikmati tol percuma ketika melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh tersebut.

Tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad Touch ‘n Go atau e-Wallet pengguna.

Berikut adalah cara mendapatkan tol percuma bagi pengguna Touch n Go, Smart Tag dan RFID.

Bagi Pengguna Touch ‘n Go– Pastikan masuk & keluar menggunakan lorong Touch ‘n Go seperti biasa.
– Sentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol untuk rekod perjalanan.
– Sila periksa status kad Touch ‘n Go dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd untuk pastikan kad Touch ‘n Go masih aktif dan tidak luput tarikh.
Bagi Pengguna SmartTAG– Pastikan masuk & keluar menggunakan lorong SmartTAG seperti biasa.
– Pastikan kad Touch ‘n Go dimasukkan ke dalam peranti SmartTAG.
– Pastikan peranti SmartTAG mempunyai bateri.
Bagi Pengguna RFID– Pastikan masuk & keluar menggunakan lorong RFID seperti biasa untuk rekod perjalanan.
Tol Percuma Sempena Hari Raya

Pengaktifan Laluan Smart Lane Di 18 Lokasi Lebuhraya PLUS

Sebagai usaha mengurangkan kesesakan semasa musim perayaan Aidilfitri 2024, LLM dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS.

Mengambil kira pandangan dan ulasan yang diberikan oleh pengguna lebuhraya semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas, LLM telah mengadakan sesi libat urus bersama syarikat konsesi dan mendapatkan padangan daripada MIROS mengenai penambahbaikan yang boleh diambil untuk pengaktifan Smart Lane.

Lokasi-lokasi bagi inisiatif pengaktifan Smart Lane di 18 lokasi strategik Lebuhraya PLUS sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 adalah seperti berikut:

  1. Sg. Petani (S) – Hentian Sebelah Tikam Batu [KM108.0 – KM112.0 (Arah Selatan)]
  2. Bkt. Tambun (U) – Plaza Tol Juru [KM150.4 – KM146.4 (Arah Utara)]
  3. Bandar Cassia – Hentian Sebelah Sg. Bakap [KM155.5 – KM157.2 (Arah Selatan)]
  4. Gua Tempurung – Gopeng [KM303.2 – KM297.0 (Arah Utara)]
  5. Slim River – Sungkai [KM367.3 – KM354.0 (Arah Utara)]
  6. Sungkai [KM354.0 – KM356.0 (Arah Selatan)]
  7. R&R Rawang – Sg. Buaya [KM439.5 – KM435.5 (Arah Utara)]
  8. Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang [KM437.1 – KM443.3 (Arah Selatan)]
  9. Susur Keluar Petron, NKVE – Subang [KM11.2 – KM13.3 (Arah Utara)]
  10. Setia Alam – Shah Alam [KM3.3 – KM9.0 (Arah Utara)]
  11. OBR USJ – Seafield [KM6.1 – KM8.1 (Arah Utara)]
  12. Nilai – R&R Seremban [KM280.0 – KM276.0 (Arah Selatan)]
  13. Port Dickson – Seremban [KM260.0 – KM263.1 (Arah Utara)]
  14. Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kg. Bemban [KM194.5 – KM184.0 (Arah Selatan)]
  15. Kulai – Senai [KM27.0 – KM19.0 (Arah Selatan)]
  16. Senai – Kulai [KM19.0 – KM27.0 (Arah Utara)]
  17. Dato’ Onn – Pasir Gudang [KM4.5 – KM1.9 (Arah Selatan)]
  18. Pandan – Kempas [KM0.4 – KM6.0 (Arah Utara)]

Smart Lane akan beroperasi berpandukan jadual yang ditetapkan dan keadaan trafik semasa.

Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 4

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Tol Percuma Sempena Hari Raya Aildilfitri 2024 ini, sila hubungi Talian Hotline TMC LLM di nombor 1800 – 88 – 7752 atau pengguna juga boleh dapatkan info semasa dari akaun Twitter @llmtrafik dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More