Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia! Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri Telah Diumumkan

Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 18 April 2023. Selain Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri, terdapat lagi 6 pengumuman dan berita baik yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi ini.

Kini Belanjawan 2023, Malaysia MADANI adalah berlandaskan enam perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Isi Kandungan

Pengumuman Sempena Hari Raya Aidilfitri Oleh Perdana Menteri

Terdapat 7 perkara yang telah diumumkan. Antara intipati pengumuman tersebut adalah 4 Hari Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri akan diberikan kepada rakyat Malaysia dan perkara lain adalah seperti yang berikut.

Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri ialah pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin) melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.
Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Diskaun Khas

Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu Rahmah pada kadar diskaun khas.
Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Kadar Khas Bayaran Saman

Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April 2023 sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kesalahan pada tahun 2022 dan sebelumnya. Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.
Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti)

Program ini adalah untuk memberi peluang kepada penghuni penjara yang beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Harga Simen Pada Kadar Berpatutan

Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah) melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan.
Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.
Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan Menambah Peruntukan RM250 Juta

Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.
Justeru, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion.
Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Cuti Peristiwa Sempena Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan bersetuju supaya hari Jumaat, 21 April 2023 diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa.
Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka secara automatik Isnin, 24 April 2023 akan diisytihar sebagai Cuti Peristiwa.
Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Malaysia MADANI untuk dapatkan info-info Kerajaan terkini. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

Semoga perkongsian tentang info 4 Hari Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri yang diberikan kepada rakyat Malaysia ini bermanfaat untuk kita semua seterusnya ia dapat meringankan beban dan mengurangkan kos kewangan perjalanan balik ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More