Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tragedi Pelajar UPSI: Kronologi, Identiti 15 Pelajar Terkorban & Perkembangan Terkini

Berikut dikongsikan info terkini mengenai tragedi pelajar UPSI yang terlibat dengan satu kemalangan tragis ketika dalam perjalanan pulang ke universiti daripada kampung halaman.

Isi Kandungan

Kronologi Tragedi Pelajar UPSI

Kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlaku pada sekitar 12.00 hingga 1.00 pagi 9 Jun 2025 di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun Berhampiran Tasik Banding, di Gerik, Perak dan telah mengorbankan 15 nyawa pelajar UPSI dan mencederakan 37 yang lain ketika tragedi tersebut.

Kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 1.00 pagi apabila Hospital Gerik menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Hulu Perak berhubung nahas jalan raya melibatkan sebuah bas yang terbalik dan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Difahamkan, bas berkenaan membawa pelajar UPSI dari Jerteh, Terengganu menuju ke kampus mereka di Tanjong Malim selepas bercuti sempena Hari Raya Aidiladha.

Kedua-dua kenderaan terlibat dalam laluan yang sama dari Jeli, Kelantan ke Gerik sebelum berlaku perlanggaran yang mengakibatkan bas terbalik dan Alza terbabas ke dalam parit.

Dalam tragedi pelajar UPSI ini, seramai 48 orang mangsa dilaporkan terlibat yang terdiri daripada:

  • 15 Mangsa Disahkan Maut (13 Meninggal Dunia Di Lokasi Kejadian, 2 Meninggal Dunia Di Hospital);
  • 7 Mangsa Cedera Parah;
  • 33 Mangsa Dari Bas Yang Mengalami Pelbagai Kecederaan; dan
  • 4 Mangsa Dari Perodua Alza Yang Cedera.

Pihak bomba melaporkan terdapat mangsa yang berjaya keluar sendiri, ada yang tercampak dari bas dan ada juga beberapa mangsa yang terperangkap di dalam bas.

Semasa operasi menyelamat, anggota bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas menggunakan peralatan hidraulik untuk mewujudkan ruang kerja.

Enam mangsa ditemui masih berada di dalam bas ketika ruang itu dibuka, termasuk empat yang disahkan telah meninggal dunia.

Tragedi Pelajar UPSI ini sangat mengejutkan banyak pihak dan mengundang simpati seluruh negara.

Tragedi Pelajar UPSI: Kronologi, Identiti 15 Pelajar Terkorban & Perkembangan Terkini 1
Tragedi Pelajar UPSI

Senarai Mangsa Terkorban

Berikut adalah senarai nama 15 mangsa yang terkorban dalam kemalangan tragis ini yang melibatkan tragedi pelajar UPSI ini, iaitu:

  1. Fakhrul Arif bin Rosdi
  2. Mohammad Aqil Taqiuddin bin Mohd Sofian
  3. Muhammad Adib Hazim bin Halim
  4. Nik Amni Nadiah binti Nik Nor Zabir
  5. Nur Ainul Qistina binti Mat Ali
  6. Nur Dalila Farhana binti Mohamad Isma
  7. Nurly Sahirah binti Azman
  8. Nurul Fatihah binti Abu Setaman
  9. Nurul Izyanti binti Muhamad Azahar
  10. Sufea Adela binti Maslihaizan
  11. Fatin Nasrien
  12. Muhammad Mustaqim bin Rosde
  13. Wan Nur Suhaila
  14. Anis Soffiyya binti Md Zaidi
  15. Nor Ayuni binti Maslan

Kenyataan Rasmi Pihak UPSI

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin mengesahkan bahawa majoriti penumpang bas adalah pelajar UPSI.

Mereka semua dikatakan telah berkumpul di Jerteh sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampus.

Pihak universiti menyatakan mereka juga mengambil maklum dan tindakan susulan berkaitan perkara ini.

Tragedi Pelajar UPSI: Kronologi, Identiti 15 Pelajar Terkorban & Perkembangan Terkini 2
Sumber Rasmi: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Perkembangan Terkini

Maklumat terkini, proses bedah siasat keatas 15 jenazah telah pun selesai pada pukul 7 malam, 9 Jun 2025.

Setakat pagi 10 Jun 2025, 5 daripada 15 jenazah telah selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Difahamkan, 10 lagi jenazah akan turut dikebumikan awal pagi ini.

Polis akan menyiasat pelbagai aspek sama ada kemalangan ini meliputi teknikal kenderaan, kecuaian pemandu serta rekod kesalahan lampau.

Polis juga akan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia).

Siasatan lanjut kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan ini merupakan tragedi besar yang menggemparkan komuniti pendidikan negara.

Ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan pihak berkuasa dijangka akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar insiden ini.

Salam takziah buat seluruh keluarga pelajar UPSI yang terkorban dalam kemalangan tragis ini.

Didoakan agar semua mangsa yang terkorban dikurniakan husnul khotimah dan dicucuri rahmat oleh-Nya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT kerana mereka semua dalam perjalanan untuk pergi menuntut ilmu.

In Sha Allah, syurga untuk mereka semua. Al-fatihah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More