Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tuntutan mySalam Perlindungan dan Semakan

Tuntutan mySalam Perlindungan dan Semakan ini adalah lanjutan daripada skim perlindungan mySalam yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan tertutamanya semasa ditimpa penyakit kritikal atau dimasukkan kedalam wad.

MySalam adalah satu perlindungan dibawah agen takaful yang dilantik oleh pihak kerajaan yang mana tujuan utama skim ini ditubuhkan adalah untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah atau B40.

Isi Kandungan

Manfaat Skim mySalam

  • RM 8000 akan di bayar secara tunai apabila disahkkan atau didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Elaun RM 50 hospital sehari akan diberikan secara tunai harian sehingga 14 hari ataupun maksimum di bayar RM 700 bagi setahun untuk seorang.

Syarat Kelayakan

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Setakat ini mySalam hanya digunapakai untuk Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Tentera sahaja.
  • Selain itu, tuntutan untuk skim mySalam hanya terpakai untuk 45 jenis penyakit kritikal sahaja.

Cara Membuat Tuntutan mySalam

Permohonan tuntutan perlindungan boleh dibuat bagi kategori seperti dibawah:

1. Tuntutan penyakit kritikal

  • Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Sila muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ berdasarkan penyakil krtitikal anda dengan menekan pada ‘Muat Turun Borang’ Sila tekan ‘Muat turun Borang’
  • Borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ hendaklah dilengkapkan oleh doktor pakar yang merawat anda.
  • Sila layari portal www.mysalam.com.my dan tekan log masuk ke dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Sila tekan butang ‘Muat Naik’ untuk memuat naik borang borang dibawah dalam format pdf atau jpeg selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan.
    1. Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    2. Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Untuk melengkapkan proses penghantaran sila klik butang ‘Hantar’.

2. Tuntutan hospitalisasi

  • Sila layari portal www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang disimpan untukLayari dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Sila tekan ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Sila klik butang ‘Muat naik’  untuk memuat naik borang dibawah dalam format pdf atau jpeg selepas anda mengisi maklumat yang
    1. Salinan Nota Discaj
    2. Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Untuk melengkapkan proses penghantaran, sila klik butang ‘Hantar’

 

Tuntutan MySalam Perlindungan dan Semakan Tuntutan MySalam Perlindungan dan Semakan

Tuntutan MySalam Perlindungan dan Semakan

Setiap permohonan bagi tuntutan hospitalisasi dan penyakit kritikal akan diproses dalam masa 10 hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap. Jika permohonan yang dihantar tidak lengkap, proses semua tuntukan akan mengambil masa yang lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan diterima oleh pihak mySalam.

Status permohonan samaada lulus atau gagal akan dimaklumkan melalui SMS dan maklumat status permohonan juga boleh diakses melalui www.mysalam.com.my . Jika permohonan anda diluluskan, anda akan dimaklum melalui SMS dan kelulusan permohoan itu juga akan dimuat naik di portal mySalam.

Adakah mySalam diterima untuk kes  Covid-19?

Ye, skim mySalam juga termasuk untuk pesakit yang dimasukkan ke hospital kesan daripada virus covid-19. Anda boleh boleh memohon tuntutan RM 50 sehari maksimun 14 hari atau bersamaan dengan RM 700 setahun. Jadi  jangan lupakan untuk sebarkan info berkaitan skim mySalam ini agar mereka yang layak dapat memohon dan mendapat manfaat dari skim ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More