Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Makluman Tuntutan mySalam Dibuka Sehingga 30 Jun 2024

Berikut dikongsikan pengumuman terkini mengenai tuntutan mySalam untuk makluman semua rakyat Malaysia yang layak.

Isi Kandungan

Mengenai mySalam

Skim perlindungan masyarakat mySalam pada asasnya merupakan sebuah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia terutamanya dari golongan B40.

Skim perlindungan masyarakat mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Skim perlindungan masyarakat mySalam untuk golongan B40 ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Skim perlindungan masyarakat mySalam ialah skim patuh-Syariah kerana produk ini adalah produk takaful yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

Makluman Tuntutan mySalam Dibuka Sehingga 30 Jun 2024 1

Apakah Manfaat Yang Diperoleh Melalui Skim Ini?

Perlindungan mySalam diberikan secara percuma kepada golongan B40 yang layak. Manfaat yang akan diperolehi oleh mereka yang layak melalui skim ini adalah

  • Pembayaran tunai RM 8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila di diagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal.
  • Pembayaran tunai RM 50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
Makluman Tuntutan mySalam Dibuka Sehingga 30 Jun 2024 2
Tuntutan mySalam

Pengumuman Terkini Berkaitan Tuntutan mySalam

Untuk makluman, skim ini direka bentuk untuk tempoh 5 tahun sahaja dan skim ini telah pun berjalan selama 5 tahun daripada tahun 2019 sehingga 2023.

Justeru, skim ini hanya valid sehingga 31 Disember 2023 sahaja.

Kepada semua penerima skim mySalam, sila ambil maklum bahawa pihak mySalam akan memuktamadkan semua tuntutan untuk Manfaat Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal bagi tahun kelayakan 2019 hingga 2023.

Sehubungan itu, semua penerima skim ini digesa untuk memuat naik dokumen tuntutan ke portal mySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

Jika tuntutan anda telah diluluskan tetapi masih belum menerima wang tuntutan, sila semak butiran perbankan anda untuk memastikan butiran adalah lengkap dan tepat. Sila kemas kini butiran perbankan di portal mySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

Tuntutan mySalamTindakan Yang DiperlukanTarikh Akhir
Penyerahan BaruMuat naik dokumen dan info yang lengkap ke portal mySalam.30 Jun 2024
Diluluskan, Bayaran Belum DiterimaKemas kini butiran perbankan yang tepat dan lengkap di portal mySalam.30 Jun 2024
RayuanRujuk mySalam melalui mana-mana saluran berikut:
1. Talian Khidmat Pelanggan di talian 1 300 88 8938.
2. E-mel [email protected].
3. Hubungi di portal mySalam.
4. Hubungi kios-kios di hospital panel mySalam.
30 Jun 2024
Tuntutan mySalam

Sebarang kemas kini, rayuan atau dokumen yang dikemukakan selepas 30 Jun 2024 tidak akan dilayan. Kerjasama anda adalah amat dihargai.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan tuntutan mySalam ini, sila rujuk Soalan No. 8 di mySalam Skim Perlindungan Masyarakat – Soalan Lazim.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More