Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024 (Format Baharu UASA KPM)

Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024 dengan format baharu telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pada 28 April 2021, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun tersebut.

Di samping itu, Mesyuarat Jemaah Menteri turut memansuhkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 1 Jun 2022 dan memperkenalkan perlaksanaan PBS.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.

Ikuti perkongsian berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024 yang diperkenalkan oleh KPM ini.

Isi Kandungan

Apakah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?

Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), kemahiran kognitif / intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai. UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.

Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut:

Sementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan menduduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

Untuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah iaitu:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Pendidikan Islam / Moral
  5. Sejarah
  6. Sains
  7. Geografi
  8. Asas Sains Komputer
  9. Reka Bentuk dan Teknologi
  10. Bahasa Arab
  11. Maharat al-Quran
  12. Al-Lughah / al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  13. Al-Syariah
  14. Usul Al-Din
  15. Bahasa Cina
  16. Bahasa Tamil
  17. Bahasa Punjabi
  18. Bahasa Kadazandusun
  19. Bahasa Iban
  20. Bahasa Semai

Peperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua) pula melibatkan 5 mata pelajaran iaitu:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah

Mata pelajaran adalah tertakluk kepada yang ditawarkan / disediakan di sekolah. Peperiksaan mata pelajaran tambahan seperti Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada ketersediaan di sekolah.

Tempoh ujian akan ditetapkan oleh KPM manakala jadual ujian pula bakal ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.

Untuk makluman, soalan bagi peperiksaan UASA akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen (APPI), iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh KPM.

Pihak sekolah kemudiannya akan diminta untuk muat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut pada garis masa yang ditentukan oleh pihak KPM.

Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024
Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024
Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024
Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024
Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024
Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024

Penyataan Tahap Penguasaan UASA

Penyataan tahap penguasaan atau grading bagi UASA tidak diberikan melalui gred atau markah.

Sebaliknya prestasi murid-murid akan diukur berdasarkan enam Tahap Penguasaan iaitu TP1 hingga TP6 serta deskriptif bagi setiap tahap.

TP1

Tahu

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

TP2

Tahu & Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TP3

Tahu, Faham & Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

TP4

Tahu, Faham & Boleh Buat Dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

TP5

Tahu, Faham & Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

TP6

Tahu, Faham & Boleh Buat Dengan Beradab Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024

Tarikh Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024

  • Pada minggu pertama Januari 2023, pihak sekolah akan diminta untuk muat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang terdapat di sekolah.
  • Kemudian, pentadbiran UASA serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian.
  • Rujuk garis masa jadual kerja Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024 di bawah.

Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024

Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024

Garis Panduan Pentadbiran UASA 2024

Muat turun dokumen-dokumen pengurusan Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024 berikut:

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut yang terkini berkaitan Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024 ini, sila ikuti laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan DidikTV KPM.

Diharapkan info terkini tentang Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More