Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Umat Islam Boleh Solat Aidilfitri Di Rumah

Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat Aidilfitri di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut adalah kenyataan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri.

Menurut beliau, solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa khutbahmengikut kepada kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.

Umat Islam dan Keputusan Mesyuarat Jawatan Kuasa Fatwa Negeri

“Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan semalam mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja.

umat islam

“Bagi ahli keluarga yang baru sembuh daripada COVID-19 atau perlu kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menyertai solat sunat berjemaah itu namun boleh menunaikannya secara bersendirian,” katanya seperti dipetik dari Awani.

Katanya lagi, imam, bilal dan siak masjid boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau, bergantung kepada pekeliling dan arahan yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).

Selain itu, takbir Hari Raya di masjid dan surau hanya boleh dilakukan oleh imam, bilal dan siak dengan menggunakan rakaman, dan takbir malam raya dari rumah ke rumah yang menjadi adat adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More