Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Unta Kebingungan, Beberapa Kawasan Di Saudi Dihujani Salji

Saudi dihujani salji buatkan unta kebingungan. Sebuah video menunjukkan beberapa ekor unta terperangkap dalam ribut salji setelah ribut musim sejuk yang jarang terjadi dengan salji yang lebat kini menyelimuti kawasan Timur Tengah, dari Arab Saudi ke Syria dan dari Libya ke Lebanon.

Sebahagian wilayah ini menyaksikan salji pertama yang turun dalam beberapa tahun sekaligus menyekat jalan dan laluan ke pusat vaksinasi.

Menerusi sebuah rakaman yang tersebar luar di media sosial, beberapa ekor unta dilihat ‘bingung’ apabila terperangkap dalam ribut salji di luar kota Tabuk di Arab Saudi.

Rakaman berdurasi 31 saat itu turut menunjukkan bahagian tubuh unta yang diseliputi dengan salji yang tebal sambil duduk dalam keadaan kaku.

Sila lihat rakaman di sini.

SAUDI DIHUJANI SALJI

Isi Kandungan

BEBERAPA KAWASAN DI SAUDI DIHUJANI SALJI

Ribut salji yang jarang terjadi itu turut menarik kehadiran pelancong yang dilaporkan datang dari seberang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyaksikan salji yang turun, keadaan yang tidak biasa berlaku di kawasan pergunungan di sekitar Tabuk yang kering seperti padang pasir.

Pihak berkuasa Arab Saudi pada Rabu telah mengeluarkan amaran cuaca termasuk ribut petir, hujan salji dan angin kencang di sebilangan besar negara itu.

Pakar cuaca, Abdullah Al-Misnad mengatakan salji di wilayah Tabuk akan menyaksikan garis salji kekal turun hingga 1,000 meter.

Pada Januari lalu, salji tebal menyelimuti wilayah Aseer, yang terletak di selatan kota Mekah Arab Saudi di sepanjang pantai Laut Merah.

Kejadian cuaca itu dikatakan pertama kali berlaku dalam tempoh lebih dari 50 tahun sejak salji turun di sana.

SAUDI DIHUJANI SALJI

PENUTUP :

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Unta Kebingungan, Beberapa Kawasan Di Saudi Dihujani Salji dapat memberi manfaat buat semua. Untuk lebih banyak info dan isu semasa sila layari website kami.

Sumber : SIAKAP KELI

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More