Permohonan UP TVET Perdana Ambilan Julai 2025

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan UP TVET Perdana bagi Ambilan Julai 2025 yang kini sedang dibuka.
Isi Kandungan
Apa Itu TVET?
TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training).
TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri, bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.
Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil atau pun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi.
Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Kategori Permohonan Kursus TVET
Permohonan boleh dibuat melalui dua (2) kategori seperti berikut:
UP TVET Perdana | UP TVET Flexi |
– Menawarkan program TVET di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) termasuk ILJTM (ILP / ADTEC / JMTI), ILKBS (IKBN / IKTBN), IKM, GIATMARA dan banyak lagi institusi lain. – Permohonan Kursus TVET yang menawarkan Kursus Pensijilan Penuh bagi Ambilan Januari dan Julai. – Tiada keperluan membeli pin dan cara memohon yang mudah. – Terbuka kepada semua, terutamanya bagi lepasan SPM 2024 dan sebelumnya. | – Menawarkan kursus jangka panjang dan jangka pendek yang lebih fleksibel di Institusi TVET Awam dan Institusi TVET Swasta. – Sesuai bagi individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau menukar bidang kerjaya. – Permohonan dibuka sepanjang tahun. – Terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan latihan kemahiran atau meningkatkan kemahiran sepanjang hayat. |
Cara Memohon UP TVET Perdana Ambilan Julai 2025
Permohonan UP TVET Perdana Ambilan Julai 2025 kini dibuka bermula 14 April 2025 hingga 15 Jun 2025 dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) pada Saluran Permohonan Kemasukan TVET.
Senarai Kursus Sesi Perdana dan Senarai Institusi Pendidikan TVET yang ditawarkan dengan lebih lanjut, boleh rujuk DISINI.
Anda boleh membuat carian melalui kursus, institusi atau negeri yang anda inginkan.

Pemohon yang pertama kali menggunakan halaman ini hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan akaun sebagai pengguna baru sebelum boleh meneruskan permohonan Institusi Pendidikan TVET yang dikehendaki.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftarkan akaun sebagai pengguna baru, iaitu:
- Layari website UP TVET.
- Klik ‘Daftar’ pada bahagian menu.
- Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran dan maklumat peribadi diri yang diminta.
- Klik butang ‘Daftar Pengguna’ di bahagian bawah halaman pendaftaran pengguna.
- Selesai daftar akaun sebagai pengguna baru dan anda boleh teruskan dengan membuat permohonan.
Berikut pula merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan, iaitu:
- Layari website UP TVET.
- Klik ‘Log Masuk’ pada bahagian menu. Masukkan nombor kad pengenalan dan password yang telah didaftarkan.
- Pilih kategori yang anda inginkan.
- Klik ‘Butang Permohonan Kursus’.
- Klik ‘Butang Profil Pemohon’.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan iaitu maklumat Pemohon, Ibu / Bapa / Penjaga, maklumat tambahan, persekolahan, persijilan lain dan pastikan perakuan dihantar. Pastikan icon telah berubah menjadi warna hijau.
- Tahniah, anda telah berjaya melengkapkan Profil Pemohon anda!

Tarikh-tarikh penting UP TVET Perdana Ambilan Julai 2025 adalah seperti berikut:
Perkara | Tarikh |
---|---|
Permohonan | 14 April 2025 – 15 Jun 2025 |
Temuduga (Jika Ada) | 02 Jun 2025 – 13 Jun 2025 |
Tawaran Institusi Kepada Calon | 11 Jun 2025 – 20 Jun 2025 |
Calon Setuju Terima Tawaran | 13 Jun 2025 – 22 Jun 2025 |
Rayuan | 23 Jun 2025 – 16 Julai 2025 |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan UP TVET Perdana Ambilan Julai 2025 ini, sila rujuk portal rasmi UP TVET dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!