Sumber Rujukan Globalisasi Anda

UPSR Dan PT3 Tidak Akan Dikembalikan Buat Masa Ini – KPM

UPSR Dan PT3 Tidak Akan Dikembalikan kerana Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengulangi keputusan untuk tidak mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, keputusan itu adalah kerana KPM buat masa kini, memberi fokus kepada pembangunan holistik murid melalui pelaksanaan:

  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

dan

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

UPSR Dan PT3 Tidak Akan Dikembalikan

“PBS dan PBD memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan berterusan. Oleh itu, kita tidak akan mengembalikan UPSR dan PT3,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu jika KPM bercadang untuk mengembalikan UPSR dan PT3.

Menjawab soalan asal oleh Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai langkah untuk mengukuhkan pelaksanaan PBS dan PBD, Lim berkata dapatan daripada libat urus berkenaan hala tuju PBS dan PBD akan dibincangkan dalam sebuah kovensyen yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Lim berkata pihaknya juga telah mengemas kini Buku Panduan Pelaksanaan PBD edisi kedua 2019 dengan melampirkan senarai semak bagi pelaksanaan proses penjaminan kualiti iaitu pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan.

“KPM juga menambah baik komponen pentaksiran psikometrik bertujuan mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh bagi mereka mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya,” katanya.

UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya, iaitu UPSR Dan PT3 Tidak Akan Dikembalikan mulai 2022 sebelum digantikan dengan PBS dan PBD secara menyeluruh.

UPSR Dan PT3 Tidak Akan Dikembalikan

Sumber: BERNAMA

Untuk makluman, info terkini tentang UPSR Dan PT3 Tidak Akan Dikembalikan ini hanya tertakluk kepada perkembangan dan info semasa terkini daripada pihak KPM.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh terus ke Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dan semoga info ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More