Sumber Rujukan Globalisasi Anda

UPSR Mungkin Dimansuhkan-KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih dalam perbincangan dan belum memuktamadkan sebarang keputusan samaada memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak.

UPSR
Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya, berkata, setakat ini isu pemansuhan itu masih di peringkat akhir kajian dan keputusan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Menurutnya, kementerian itu juga belum membuat kajian sama ada peperiksaan yang diduduki murid Tahun Enam itu akan diganti dengan ujian baharu yang sama fungsi dengannya atau sebaliknya.

“Kita sekarang di peringkat akhir kajian mengenai pemansuhan UPSR dan keputusan muktamad akan dibuat tidak lama lagi.

“Kemungkinan besar tidak ada lagi peperiksaan UPSR yang diambil murid Tahun Enam seperti setiap tahun atau selama-lamanya,” katanya.

Sebelum ini,  pada 15 April lalu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Muslimin yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata, pencapaian akademik murid Tahun Enam dinilai melalui pentaksiran sepanjang masa, ujian esei dan temu duga bagi penempatan di lima jenis sekolah khusus.

Sumber: Sinar Harian

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More