Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Vaksin Pfizer-BioNTech Sesuai untuk Ibu Mengandung

Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, vaksin Pfizer-BioNTech berkenaan akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.

Beliau dalam pada itu berkata, permohonan fasa dua suntikan vaksin AstraZeneca untuk warga emas akan dibuka mulai 23 hingga 26 Mei.

“Fasa kedua permohonan AstraZeneca akan diperluas ke Johor, Sarawak dan Pulau Pinang, selain Lembah Klang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiada sebarang kesan sampingan serius terhadap penggunaan vaksin AstraZeneca direkodkan di Malaysia setakat ini.

Ujarnya, Malaysia juga akan mengkaji maklumat dari Indonesia berhubung dakwaan individu mati akibat vaksin AstraZeneca di negara itu.

Berita akan Menyusul

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More