Sumber Rujukan Globalisasi Anda

WANITA BAWA PULANG COVID-19 KE KELANTAN

Kelantan kembali mencatatkan kes COVID-19 dengan kes terbaru dipercayai di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung. Mangsa (pesakit) yang menetap di Lembah Klang balik ke negeri ini apabila sempadan negeri dibuka baru-baru ini dan secara tidak rasmi dikatakan mangsa positif serta sedang dirawat di hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, ketika mengesahkan perkara itu berkata, usia kandungan mangsa 32 minggu.

“Setakat maklumat yang kita tahu, ahli keluarganya negatif, dia seorang saja positif. Namun ahli keluarga lain dikuarantin.

Isi Kandungan

covid-19

WANITA BAWA PULANG COVID-19 KE KELANTAN 1
covid-19

WANITA mengandung dari Kuala Krai yang disahkan positif Covid-19 pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua.

Mangsa berusia 30-an dikatakan pulang dari Ampang, Kuala Lumpur ke Kampung Sungai Durian, Kuala Krai pada 15 Mei lalu.

Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, berkata berdasarkan keterangan pesakit, wanita berkenaan pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah memasuki 35 minggu.

“Apa yang bahaya, pesakit ini tidak mempunyai tanda-tanda seperti demam atau batuk yang menyebabkan dia bebas bergerak.

 

“Mangsa pulang pada 15 Mei dan tiada kaitan dengan perjalanan Gerak Malaysia. Rasanya balik untuk bersalin.

“Sehubungan itu, seramai 20 individu dikuarantin termasuk ahli keluarga dan kakitangan klinik kesihatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, selepas lebih sebulan bebas daripada Covid-19, Kelantan kembali mencatatkan satu kes terbaharu di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung.

 

“Apa yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri. Mangsa (pesakit) balik ke kampung apabila dibenarkan untuk rentas negeri baru-baru ini.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, hari ini.

Kes baru suatu tragedi

POLIS menunggu arahan dari kerajaan Kelantan untuk sebarang tindakan selanjutnya berhubung kemunculan semula kes Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian itu adalah satu tragedi memandangkan Kelantan sudah lebih sebulan berstatus zon hijau dan kini secara automatik bertukar kepada kuning.

“Ini adalah satu tragedi di Kelantan dan apa yang kita tahu seorang pembawa boleh menjangkiti 30 orang yang lain.

“Untuk periksa seorang demi seorang individu yang merentas negeri sudah pasti satu beban yang perlu ditanggung oleh kami sedangkan wabak itu dibawa dari negeri lain.

 

“Bagaimanapun kami akan mengadakan mesyuarat dan terpulang kepada kerajaan (negeri) untuk memutuskan sebarang perubahan tindakan dalam penguatkuasaan pemantauan nanti,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya Bukit Yong, Pasir Puteh, hari ini.

Kesimpulannya, kerajaan memberi arahan tidak boleh pulang ke kampung untuk menyambut hari raya kerana tidak mahu muncul kluster baru seperti yang terjadi di Kelantan ini. Warga emas golongan yang paling berisiko,kerana itu dilarang untuk rentas negeri. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

sumber : harian metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More