Sumber Rujukan Globalisasi Anda

YES PRIHATIN Percuma Telefon, Data dan Kandungan Pendidikan

Ingin mendapat telefon percuma? data percuma? Anda boleh sertai YES Prihatin dan mendapatkan pengalaman pembelajaran terbaik dari YES PRIHATIN.

Kerajaan telah mengumumkan , Dibawah inisiatif Jaringan PRIHATIN daripada kerajaan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih memuaskan, YES sebagai salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia telah memperkenalkan pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu.

Ia merupakan hasil kerjasama YES dengan YTL Foundation dan juga FrogAsia. Dibawah pelan ini, mereka menawarkan telefon pintar, pelan data, dan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang bayaran atau deposit.

Melalui penawaran percuma ini, ia membolehkan para pelajar untuk kekal berhubung dengan tenaga pengajar secara digital dengan lebih efektif dan seterusnya memastikan pembelajaran mereka tidak tercicir. Kini, masalah tidak cukup peranti atau rangkaian internet yang tidak memuaskan bukan lagi alasan untuk pelajar tidak menyertai kelas atas talian.

YES PRIHATIN Percuma Telefon, Data & Kandungan Pendidikan

YES PRIHATIN Percuma Telefon, Data & Kandungan Pendidikan

Isi Kandungan

Jom Daftar sekarang di https://prihatin.yes.my/

Oleh kerana Sekolah akan bercuti dan sesi PdPR akan kembali tidak lama lagi, tentunya dengan melanggan pelan ini secara percuma dapat membantu para pelajar kekal berhubung secara digital dengan lebih baik. Ibu-bapa juga tidak perlu runsing memikirkan tentang peranti pintar yang tidak cukup untuk anak-anak belajar kerana YES akan memberikan telefon pintar secara percuma selama setahun.

Anda hanya perlu membuat permohonan melalui laman rasmi YES atau hubungi 018 3333 303 dan pihak YES akan menghantar telefon pintar dan kad SIM YES PRIHATIN kepada anda yang berjaya memohon secara percuma.

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More