Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hampir 1 juta pelajar tidak ke sekolah

Hampir 1 juta pelajar tidak ke sekolah. Itulah yang kini dihadapi oleh pelajar yang belajar di 1,754 buah sekolah di beberapa negeri di Malaysia tidak dapat menjalani sesi persekolahan akibat daripada kes pandemik koronavirus (Covid-19) kembali naik mendadak.

Sabah mencatatkan jumlah penutupan sekolah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,296 buah sekolah yang menjejaskan hampir 500,000 pelajar.

Penutupan sekolah yang bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober itu terpaksa dilakukan selepas kes demi kes Covid-19 di negeri itu menunjukkan kadar peningkatan.

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengambil keputusan untuk menutup sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling di Selangor mulai 12 Oktober hingga 25 Oktober sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang telah ditutup setakat ini adalah sebanyak 440 buah yang turut melibatkan kawasan Klang. Sekolah-sekolah di Putrajaya juga ditutup dengan anggaran keseluruhan pelajar terlibat seramai 2,978 orang.

Sekolah yang telah ditutup di Putrajaya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Precint 8 (1) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Precint 8 (1).

1 juta pelajar tidak ke sekolah
Sekolah terpaksa ditutup supaya kes tidak merebak.

Dalam pada itu di Kedah, terdapat empat buah sekolah ditutup bermula semalam sehingga 17 Oktober ini. Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad berkata, ia membabitkan dua buah sekolah masing-masing di daerah Pokok Sena dan Baling.

Menurutnya, sekolah terlibat ialah SMK Baling, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau dan  SMK Bukit Payong.

“Penutupan sekolah itu dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan surat pemakluman diserahkan kepada pentadbiran sekolah masing-masing hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Najmi berkata, semua pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana kini sedang menjalani kuarantin di rumah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Difahamkan penutupan itu dibuat susulan terdapat guru dan murid disahkan positif Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.

Di Perak, sebanyak enam buah sekolah di Taiping terpaksa ditutup iaitu , SK Ulu Mengkuang, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, SK Convent Kota, SK Taman Jana dan SMK King Edward VII.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah berkenaan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini setelah terdapat kes positif Covid-19 membabitkan warga sekolah itu.

Di Johor, sebanyak dua sekolah di Masai, Pasir Gudang iaitu SK Masai (2) dan Sekolah Agama As-Syakirin ditutup.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.

Penutupan sekolah di Terengganu pula melibatkan empat buah sekolah di Kuala Nerus dan Dungun iaitu SK Padang Kemunting, SK Kompleks Seberang Takir, SMK Kompleks Seberang Takir dan SMA Sultan Ismail.

Tiada sebarang angka diberikan untuk bilangan pelajar terjejas di Kedah, Terengganu, Johor dan Perak.

Sumber: Sinar Harian

1 juta pelajar tidak ke sekolah

Isi Kandungan

Sebab 1 Juta Pelajar Tidak Ke Sekolah

1 Juta pelajar tidak ke sekolah ini disebabkan oleh penutupan sekolah kerana terdapat kes yang dikesan di sekolah tersebut. Hal ini bagi mengelakkan penularan yang lebih teruk berlaku kepada pelajar lain.

Penutup

Diharapkan info 1 Juta Pelajar tidak ke sekolah ini serba sedikit dapat memberi penjelasan kepada anda semua

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More