Sumber Rujukan Globalisasi Anda

121 Siri Kursus Usahawantani Negeri Johor Tahun 2023

Kursus Usahawantani Negeri Johor adalah kursus secara percuma yang disedikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor kepada usahawan dan petani di negeri Johor.

kursus usahawantani negeri johor 2023

Isi Kandungan

Apa Itu Kursus Usahawantani negeri Johor?

Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Pusat Pertanian Daerah menyediakan kursus jangka pendek (Kursus Usahawantani Negeri Johor)  bagi usahawan tani yang ingin mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan sebagainya. Kursus yang dijalankan ini dijalankan selama 2 hingga 3 hari tertakluk kepada tajuk kursus yang disertai.

11Pusat Pertanian Daerah yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Pertanian Daerah Tangkak
  2. Pejabat Pertanian Daerah Muar
  3. Pejabat Pertanian Daerah Pontian
  4. Pejabat Pertanian Daerah Kluang
  5. Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
  6. Pejabat Pertanian Daerah Segamat
  7. Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
  8. Pejabat Pertanian Daerah Mersing
  9. Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
  10. Pejabat Pertanian Daerah Kulai
  11. Pusat Pertanian Ayer Hitam

Tajuk Kursus Usahawantani Negeri Johor 2023

Antara Tajuk Kursus / Latihan yang dijalankan adalah:

  • Asas Pembuatan Kek
  • Asas Pembuatan Roti Dan Pastri
  • Pemprosesan Hasilan Kacang Soya Dan Pembuatan Cincau
  • Pemprosesan Produk Sejuk Beku
  • Pemprosesan Pelbagai Jenis Sos
  • Pengurusan Jeruk Buah-Buahan
  • Pembuatan Mee Kuning
  • Kursus Tanaman Sayuran Fertigasi
  • Kursus Tanaman Sayuran Organik
  • Kursus Senitaman Dan Simenfero
  • Dan banyak lagi

Syarat Penyertaan

Bagi yang berminat ingin memohon kursus secara percuma ini, pastikan kalian memenuhi syarat seperti yang ditetapkan, iaitu:

  • Warganegara Malaysia (Rakyat Negeri Johor sahaja)
  • Umur 21 tahun hingga 55 tahun
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
  • Sila pastikan borang diisi dengan lengkap bergambar berserta salinan kad pengenalan
  • Sila dapatkan pengesahan sokongan daripada Pejabat Pertanian Daerah berhampiran
  • Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Pejabat Pertanian Daerah yang dipilih atau berhampiran
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan
  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi melalui surat / panggilan telefon
  • Permohonan hanya sah untuk tahun semasa sahaja

121 Kursus mengikut tarikh dan Pejabat Pertanian Daerah

Jabatan Pertanian Negeri Johor menerusi perkongsian di laman facebook rasmi milik mereka menyenaraikan kesemua 121 kursus yang bakal dijalankan dalam tahun 2023 ini.

Apa kata mari kita tengok senarai kursus yang lengkap mengikut tarikh dan tempat di bawah kelolaan 11 Pejabat Pertanian Daerah yang ada di negeri Johor darul Takzim ini.

Pejabat Pertanian Daerah Muar

Terdapat 13 kursus yang bakal dijalan di Pejabat Pertanian Daerah Muar sekitar bulan Februari hingga Oktober tahun ini. Sekiranya terdapat kursus yang berkaitan atau menarik minat kalian, boleh membuat permohonan segera dengan menghubungi no yang tertera.

kursus usahawantani negeri johor

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi

Jadual Kursus Usahawantani Anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi Tahun 2023. Sebarang Pertanyaan Berkaitan Perkara Ini Tuan/Puan boleh menghubungi atau datang terus ke :
  • Alamat: Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi Aras 4, Bangunan Sultan Iskandar, 81900 Kota Tinggi, Johor.
  • No Tel : 07 8831508
Apa tunggu lagi.. tempat adalah terhad. Jom la mendaftar!

121 Siri Kursus Usahawantani Negeri Johor Tahun 2023 1

Pejabat Pertanian Daerah Kluang

Jadual Kursus Usahawantani bagi Pejabat Pertanian Daerah Kluang Tahun 2023. Kepada yang berminat sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah Kluang di Talian :
  • 07-7722046
Marilah Kita bersama-sama menuntut ilmu. Jangan Lepaskan Peluang ini.

121 Siri Kursus Usahawantani Negeri Johor Tahun 2023 2

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bharu

Tuan/puan yang ingin mengikuti kursus anjuran Pejabat Pertanian Negeri Johor di bawah Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru bolehlah mendapatkan borang permohonan kursus di Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Silalah hadir ke pejabat untuk mendapatkan borang permohonan, first come first serve.

121 Siri Kursus Usahawantani Negeri Johor Tahun 2023 3

Pejabat Pertanian Daerah Tangkak

erikut adalah senarai kursus Usahawantani Negeri Johor 2023 di bawah kelolaan Pejabat Pertanian Daerah Tangkak.
Sebarang Pertanyaan Berkaitan Perkara Ini Tuan/Puan boleh hadir atau menghubungi pegawai bertanggungjawab:
  1. 1. En Shahir, Pegawai latihan
  • No. Tel: 012-6850175 (kursus Tanaman)
  1. 2. Pn Ashikin, APIAT
  • No. Tel : 012-4650245 (Kursus Pemprosesan Makan)
*Peserta terhad *Borang dan kursus secara percuma
Apa tunggu lagi.. jom la mendaftar

121 Siri Kursus Usahawantani Negeri Johor Tahun 2023 4

Pejabat Pertanian Daerah batu Pahat

Kursus Usahawantani Negeri Johor Tahun 2023 di bawah Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jom daftar segera kerana tempat adalah terhad.

121 Siri Kursus Usahawantani Negeri Johor Tahun 2023 5

Penutup

Melihat kepada senarai 121 kursus Usahawantani Negeri Johor 2023 itu, sebanarnya kerajaan membuka banyak peluang secara percuma kepada rakyat menerusi ilmu kemahiran yang semestinya, akan menaiktaraf kemahiran usahawan dan petani itu sendiri ke arah yang lebih tinggi.

Jika tidak berminat dengan kursus usahawan ini, peserta boleh rujuk KURSUS bagi kursus lain selain usahawan dan petani yang kerajaan sediakan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More