Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Tahun 2023 Kini Dibuka!

Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah pendidikan paling penting dalam kehidupan kita. Kerana melalui pendidikan awal kanak-kanak kita mengenal apa itu pendidikan, ABC, sekolah seterusnya melangkah setapak demi setapak ke peringkat yang lebih tinggi.

KEMAS atau Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah merupakan wakil agensi kerajaan yang berperanan untuk membentuk anak-anak kita melalui pendidikan awal kanak-kanak. Selain menyediakan premis taska atau tadika dengan modul terpilih dan diyakini, KEMAS juga berperanan membentuk guru-guru dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak.

Isi Kandungan

Pengenalan

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak 2023

Untuk tahun 2023, tawaran KEMAS untuk sesiapa yang berminat memohon Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah dibuka. Mereka yang memiliki sijil ini akan dipertimbangkan untuk berkhidmatan dalam sektor pendidikan KEMAS sebagai guru Tabika atau Taska.

sijil pendidikan awal kanak-kanak

Syarat Permohonan

Syarat permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS ini adalah seperti berikut:

  1.  Warganegara Malaysia;
  2.  Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
  6. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  7. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.
pendidikan awal kanak-kanak
Sumber Gambar: BERNAMA

Maklumat Asas Kursus

  • Tempat : Insititut/Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh : 3 Bulan atau tertakluk kepada perubahan oleh Jabatan
  • Kursus bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.

Cara Memohon

  • Calon yang berminat boleh buat permohonan secara atas talian menerusi laman website rasmi KEMAS di: http://kis.kemas.gov.my
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.

Tarikh Permohonan

Calon yang berminat boleh terus memohon bermula 20 Januari 2023 sehingga 03 Februari 2023 (Jumaat).

Panggilan Temuduga

Ditegaskan di sini, hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga. Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.

Penutup

Bagi graduan yang sedang mencari pekerjaan dan minat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kalian bolehlah memohon sijil ini sebagai persediaan melangkah kaki ke bidang penuh hormat ini.

Jika terdapat sebarang persoalan atau pertanyaan, boleh terus hubungi maklumat di bawah:

Bagi calon yang berminat menjadi guru, jika tiada rezeki dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak menerusi KEMAS ini, boleh juga menceburi bidang perguruan menerusi guru ganti. Permohonan guru ganti juga sedang dibuka sekarang. MOHON SEKARANG GURU GANTI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More