Sumber Rujukan Globalisasi Anda

159 pelajar sekolah diarah jalani saringan

Pelajar Dari 5 Sekolah Sekitar Daerah Johor Bahru Diarah Jalani Saringan

Seramai 159 pelajar dari lima sekolah di sekitar daerah ini diarahkan menjalani saringan COVID-19 di Pusat Sehenti Penilaian COVID-19 (OSCAC) Pasir Gudang dan Bukit Indah di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan, berkata langkah itu sebagai tindakan kawalan dijalankan bagi memastikan tiada penularan COVID-19 berlaku di dalam sekolah yang dikenal pasti.

pelajar

“Bagi setiap warga sekolah yang dilaporkan positif, Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan menjalankan survelans dan saringan kontak rapat bagi memastikan tiada penularan berlaku di sekolah. Pelajar dengan kebanyakan kes dikesan akibat penularan di rumah susulan aktiviti sosial keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular gambar memaparkan barisan kenderaan memenuhi OSCAC di Pasir Gudang dan Bukit Indah di media sosial yang mendakwa pelajar beberapa sekolah di bawa menjalani ujian saringan selepas wabak COVID-19 dikesan tersebar di sekolah berkenaan.

Vidyananthan berkata, kebanyakan kunjungan keluarga dari jauh itu dikesan dilakukan tanpa mematuhi SOP dan amalan mengelak 3S, iaitu jauhi kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempat dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.

“Masih ada keluarga yang mengadakan aktiviti sosial keluarga seperti berkumpul di pusat hiburan, kenduri kahwin dan aktiviti riadah lain secara berkumpulan tanpa mematuhi SOP ditetapkan.

“Masyarakat perlu menghindarinya untuk sementara daripada mengadakan program sosial yang akan meningkatkan risiko penularan COVID-19. Ini kerana Johor masih lagi belum berada dalam Zon Hijau dan kekal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Sementara itu, Vidyananthan berkata seramai 59,747 anggota barisan hadapan sudah menerima imunisasi vaksin COVID-19 satu dos sehingga kelmarin. Katanya, daripada jumlah itu seramai 28,348 orang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

“Pelaksanaan Fasa Satu ini dijangka selesai pada akhir bulan ini bagi memberi laluan kepada Fasa Dua yang dijangka bermula pada akhir bulan ini membabitkan golongan warga emas, orang kurang upaya dan bermasalah penyakit kronik,” katanya.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Perlindungan Penunggan P-Hailing Perlu Dikuatkuasakan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More