Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Perlindungan Penunggan P-Hailing Perlu Dikuatkuasakan

Kerajaan perlu kuatkuasa langkah-langkah lindungi penunggang p-hailing

perlindungan

Kerajaan diminta menguatkuasakan langkah-langkah perlindungan bagi melindungi para penunggang penghantar makanan atau p-hailing.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, walaupun Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan peraturan baru untuk mengawal selia sektor p-hailing ini tepai ia sapatutnya bukan untuk menekan golongan itu.

Sebaliknya kata beliau kerajaan perlu melihat kepada bagaimana mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan selamat bagi rider sektor p-hailing.

“Jangan terlalu menekan rider dengan pelbagai kekangan baru dan sebaliknya melihat kepada bagaimana untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan selamat bagi rider sektor p-hailing,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini kerajaan telah melaporkan bahawa sepanjang setahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih dua pertiga daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal melibatkan penunggang penghantaran barangan dan makanan ataupun rider p-hailing.

Langkah-Langkah Perlindungan Penunggang P-Hailing

Untuk kata Steven, antara langkah-langkah perlindungan yang patut dikuatkuasakan oleh kerajaan termasuk:

  • Memberi insentif bersasar kepada rider p-hailing agar mereka mencarumkan diri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017 untuk perlindungan diri.
  • Mewajibkan syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran menyediakan alat-alat keselamatan rider yang memenuhi piawaian.
  • Melaksanakan sistem upah yang lebih baik kepada rider.
  • Melaksanakan insentif masa penghantaran lebih munasabah yang tidak memaksa rider bergegas mengejar masa dan terburu-buru menghantar barangan/makanan.
  • Melaksanakan sistem rating yang lebih adil dan mengutamakan keselamatan rider terutamanya semasa di jalan raya.
  • Mewujudkan sebuah tribunal bebas bagi sektor p-hailing (dan e-hailing) untuk mengendalikan rayuan dan aduan permasalahan antara rider dengan syarikat agar tidak wujud ketidakadilan dalam proses pengadilan yang pada masa kini dilaksanakan secara dalaman oleh pihak syarikat.

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: MEDAC Rai 150 Pelajar Miskin Bandar

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More