Sumber Rujukan Globalisasi Anda

19,851 budak bawah 4 tahun dijangkiti Covid-19 sejak Januari

PETALING JAYA: Virus Covid-19 kini menular dalam dalam komuniti kanak-kanak dan orang dewasa harus menjadi pelindung bukan mendedahkan kumpulan itu dijangkiti wabak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter hari ini berkata, sebanyak 82,341 kes jangkitan Covid-19 dikesan membabitkan individu bawah 18 tahun, dalam tempoh 25 Januari hingga kelmarin.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 19,851 kes membabitkan bayi berusia bawah empat tahun.

Hisham memberitahu, sebanyak 8,237 kes lagi direkodkan membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga merekodkan 26,851 kes dan 27,402 kes, masing-masing bagi individu berusia tujuh hingga 12 tahun serta 13 hingga 17 tahun,” katanya.

Susulan itu, Noor Hisham terus menyeru rakyat mematuhi prosedur operasi standard.

Katanya, individu yang degil mendedakdahkan anak-anak dengan jangkitan Covid-19 boleh disiasat  melanggar SOP Majlis Kesihatan Negara (MKN).

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More