Sumber Rujukan Globalisasi Anda

2 Maut, 3 Terselamat – Tragedi Runtuhan Pembinaan Lebuhraya SUKE

2 maut dan 3 terselamat dalam kejadian runtuhan jejambat pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan menimpa van pekerja dinaiki mereka ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pada 5.58 petang, hari ini.

Selain itu, dua lagi rakan mereka serta seorang lelaki yang juga pemandu van itu dilaporkan terselamat dan mengalami kecederaan.

Isi Kandungan

2 Maut

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semua mangsa yang juga rakyat tempatan dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Pemandu van itu dapat dibawa keluar pada 8.55 malam manakala penumpang dibawa keluar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur pada 9.15 malam sehingga 9.27 malam dan berdasarkan laporan awal, semua mangsa dianggarkan berusia antara 30 hingga 45 tahun.

“Mangsa yang terselamat dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Zulkefly berkata, pemandu treler yang dilaporkan melanggar perancah besi berkenaan sudah membuat laporan polis dan kini berada di Balai Polis Sungai Besi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal diterima, pemandu treler yang membawa muatan besi itu didapati tidak membawa muatan berlebihan, malah treler itu turut dikawal kenderaan perondanya.

2 maut

Sebelum itu, pemaju Lebuhraya SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd, berkata lori treler berkenaan melanggar perancah besi pembinaan Lebuhraya SUKE dan membawa muatan berlebihan.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya masih mengambil langkah berjaga-jaga kemungkinan runtuhan kedua berlaku.

“Ketika operasi tadi, tiga kren terpaksa digunakan untuk mengangkat struktur yang menimpa van sebelum semua mangsa dikeluarkan,” katanya.

Pernah Berlaku Pada Tahun Lepas

Seorang pemandu wanita nyaris maut dihempap satu kepingan konkrit dari kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada September tahun lalu.

2 maut
2 Maut

Kenderaan wanita tersebut remuk teruk, namun wanita itu terselamat dan hanya kelihatan luka di bahagian tangan kirinya sahaja. Menurut laporan dari Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Mokhsein Mohamed Zon, kejadian kira-kira 5.45 petang itu berlaku di MRR2 berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan dari arah Sungai Besi menghala ke Ampang. 

Sumber: Harian Metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More