Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kejadian Runtuh Di Kawasan Pembinaan Lebuhraya SUKE di Desa Tun Razak

Kejadian runtuh di kawasan pembinaan Lebuhraya SUKE di Desa Tun Razak. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kejatuhan bongkah konkrit yang menghempap kereta seorang pengguna jalan raya. Hari ini kes yang hampir sama, cuma lagi besar runtuhannya.

lebuhraya suke
Kejadian Runtuh Di Kawasan Pembinaan Lebuhraya SUKE di Desa Tun Razak
Kejadian Runtuh Di Kawasan Pembinaan Lebuhraya SUKE di Desa Tun Razak
Kejadian Runtuh Di Kawasan Pembinaan Lebuhraya SUKE di Desa Tun Razak

5 Penumpang Van Terperangkap Kejadian Runtuh Di Kawasan Pembinaan Lebuhraya SUKE di Desa Tun Razak

Lima individu terperangkap selepas van kilang dinaiki mereka dihempap runtuhan jejambat sebuah projek lebuh raya di Desa Tun Razak, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 5.58 petang seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

lebuhraya suke

Jurucakap JBPM Kuala Lumpur berkata, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras terbabit dalam operasi berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang.

“Makluman awal diterima terdapat lima mangsa terperangkap di dalam van kilang itu,” katanya.

Setakat ini, operasi menyelamat mangsa sedang dilakukan dan gambar serta video kejadian tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan: Wanita Nyaris Maut Dihempap Konkrit

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More