Sumber Rujukan Globalisasi Anda

4 Tempat Shopping Baju Sekolah Anak Murah Dan Berkualiti!

Shopping baju sekolah anak sekarang ni pasti sudah dalam fikiran ibu bapa kan. Maklumlah, sesi persekolahan baru akan bermula tidak lama sahaja lagi, bulan Mac nanti.

Bagi memudahkan perancangan ibu bapa, di sini kami senaraikan 4 butik beli belah baju sekolah anak yang dirasakan berbaloi dengan kualiti dan harga.

Pada masa ini, ramai dalam kalangan keluarga yang sedang berjimat cermat dengan mengehadkan beberapa perbelanjaan. Disebabkan itu kami kongsikan tempat shopping baju sekolah anak yang ibu ayah boleh jadikan rujukan dan semoga ianya bermanfaat.

shopping baju sekolah anak

Isi Kandungan

Jom Shopping Baju Sekolah Anak!

Inilah 4 tempat yang kami ingin kongsikan untuk panduan ibu bapa terutama ibu bapa yang baru ada anak bersekolah tahun ini. tempat keempat tu kami rasa ramai yang dah tahu kan.

Mydin

MYDIN telah diasaskan pada Ogos 1957 oleh Pengasas Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan. Beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai papan kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota Bahru dengan menjual barangan mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri.

shopping baju sekolah anak

Dengan bantuan anak-anak beliau, perniagaannya mula berkembang ke Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan kemudian membuka cawangan mereka di Lembah Klang dan Masjid India pada tahun 1989. Sejak itu MYDIN telah berkembang dengan maju dan berjaya. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif dan Halal di Malaysia, ia kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Mengikut rekod tahun lepas, MYDIN mempunyai 62 buah cawangan di seluruh negara termasuk 28 Pasar Raya Besar MYDIN, 16 MYDIN Emporium, 3 MYDIN Bazaar, 2 francais MYDIN Mart, 2 buah kedai serbaneka yang beroperasi sebagai MyMart dan 7 buah pasar raya MYDIN serta 2 kedai premium dikenali sebagai SAM Groceria.

Untuk rujukan baju sekolah dan harga dari Mydin, boleh terus ke bahagian CATALOGUE MYDIN dan boleh survey terlebih dahulu.

Untuk mengetahui cawangan Mydin terdekat anda, boleh rujuk laman rasmi Mydin di SINI.

Kedai Canggih

Tempat shopping baju sekolah anak yang kedua kami ingin kongsikan adalah Kedai Canggih. Ia merupakan milik penuh syarikat My Sutera Sdn Bhd, yang merupakan syarikat pengeluar kelengkapan pakaian seragam sekolah berjenama Canggih.

Jenama Canggih agak popular dalam kalangan ibu bapa kerana kualiti dan harganya yang dikatakan sangat berpatutan. Jenama canggih mempunyai kilang dan gudang yang bertempat di Estet Perindustrian Pengkalan Chepa Fasa II dan Shah Alam.

shopping baju sekolah anakKedai Canggih adalah kedai yang menjual hanya kelengkapan sekolah sahaja. Dari pakaian uniform sekolah hingga pakaian sukan, aktiviti ko kurikulum dan juga kasut sekolah juga ada. Memang lengkap!

Untuk tahun ini juga, Kedai Canggih menerusi perkongsian di laman FACEBOOK CANGGIH MALAYSIA juga ada membuat promosi pembelian kepada pelanggan sehingga bulan April nanti.

shopping baju sekolah anak

Untuk sebarang info lanjut dan pembelian secara online, boleh terus ke laman website rasmi Kedai Canggih dan boleh juga kalau nak survey-survey harga terlebih dahulu.

Pusat Pakaian Zon Ria

Salah satu lagi tempat shopping baju sekolah anak untuk level yang pertengahan adalah Pusat Pakaian Zon Ria. Zon Ria ini ada 42 cawangan dalam negara.

Cawangan Zon Ria ada di Perlis, Kedah, Pulau PInang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Di Pusat Pakaian Zon Ria, bukan hanya keperluan sekolah sahaja yang ibu bapa boleh dapati, tapi pelbagai pakaian lain juga ada. Pendek kata, memang tempat yang ada cukup lengkap kelengkapan pakaian harian dari anak kecil hingga ibu bapa dan orang tua.

shopping baju sekolah anak

Pusat Pakaian Hari-Hari

Tempat keempat yang kami nak kongsikan ini pastinya paling popular dalam kalangan ibu ayah kalau nak cari baju sekolah anak kan? Shopping baju sekolah di sini dikatakan paling berbaloi-baloi. Mana tidaknya, banyak pilihan yang ada, banyak jenama yang boleh dipilih, harganya pun boleh tahan murah-murah juga.

Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd telah mencipta satu legenda kejayaan yang paling terkemuka di bidang jualan runcit pakaian fesyen. Syarikat ditubuhkan pada tahun 1996. Bermula secara kecil-kecilan, ia semakin berkembang dengan rangkaian cawangan yang kian bertambah di seluruh negara.

shopping baju sekolah anak

Falsafah perniagaan Hari-Hari ialah menggalakkan para pengguna mengunjungi gedung kami setiap hari sambil menjaminkan pengalaman beli-belah yang menceriakan. Sejak mula berniaga, Hari-Hari kekal dengan strateginya untuk memperkenalkan pakaian yang mudah dibiayai, dengan fokus tumpu pada golongan pengguna berpendapatan rendah hingga sederhana.

Taktik pemasaran yang mengambil hati pelanggan ini telah menjadikannya jenama yang bertaraf istimewa di kalangan pengguna untuk beli belah pakaian termasuk shopping baju sekolah anak. Tidak hairanlah kini Pusat Pakaian Hari-Hari mempunyai lebih 90 cawangan seluruh negara. Hebat!

Untuk info lanjut dan mengetahui harga atau boleh juga shopping baju sekolah anak secara atas talian, layari laman website rasmi Pusat Pakaian Hari-Hari sekarang.

Penutup

Jadi macam mana dengan perkongsian kami? Adakah ianya membantu bagi idea untuk ibu ayah dalam perancangan shopping baju sekolah anak? Mudah-mudahan ianya membantu ya. Bagi yang buntu kewangan masih tidak mencukupi, pastikan guna sebaiknya wang Bantuan Awal Persekolah RM150 yang kerajaan beri bermula 12 Januari ini untuk shopping baju sekolah anak-anak. Moga bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More