Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 Bermula 12 Januari

Tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 yang sering menjadi tanda tanya ramai rakyat sebelum ini akhirnya terjawab. Hal ini dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana seperti kami pernah tulis sebelum ini di artikel Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 wang bantuan dari kerajaan sebanyak RM150 itu akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023

Menurut Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu, YB Fadhlina Sidek menerusia hantaran di facebook rasmi miliknya menjelaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri mengumumkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa bermula pada Januari 2023.

Jelasnya lagi, bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan yang akan datang. Dianggarkan sebanyak 5.5 juta orang murid sekolah akan menerima manfaat ini.

yb fadhlina tarikh bayaran bantuan awal persekolahan 2023

Isi Kandungan

Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023

Kementerian Pendidikan memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023  seawal tarikh seperti berikut:

12 Januari 2023

Info Penting

Menerusi ciapan di laman sosial Twitter rasmi milik Kementerian Pendidikan, sekolah diminta mengagihkan wang bantuan itu kepada murid sebaik sahaja menerima peruntukan itu.

Murid atau ibu bapa juga tidak perlu mengisi sebarang borang ataupun dokumen sebelum menerima Bantuan Awal Persekolahan.

Katanya, sekolah diminnta mengagihkan wang itu kepada murid sebaik sahaja menerima peruntukan itu. Jelasnya juga, Kementerian Pendidikan tidak menyediakan sebarang talian khusus. Segala perjelasan lanjut berkaitan bantuan boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

tarikh bayaran bantuan awal persekolahan 2023

Kriteria Penerima Bantuan Awal Persekolahan RM150

Tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 kita dah tahu, kini kita ingin mengetahui kriteria penerima pula.

Menerusi apa yang dikongsi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, semua penerima kali ini layak menerima tanpa melihat kepada gaji atau pedapatan ibu bapa.

Namun begitu, terdapat kriteria penerima Bantuan Awal Persekolahan 2023 adalah seperti di bawah:

  • Murid warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024 dan
  • Murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney.

tarikh bayaran bantuan awal persekolahan 2023

Antara yang layak juga adalah:

  • Murid yang baru mnedaftar masuk ke sekolah pada sesi Persekolahan Bulan Mac 2023 seperti pelajar Tahun 1 2023 (Sekiranya memenuhi kriteria di atas).

tarikh bayaran bantuan awal persekolahan 2023

Sesi Persekolahan 2023

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga juga, sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2023/2024 akan bermula papa 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024. Iaitu bagi negeri Kumpulan A. Manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan B.

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan, Kumpulan A membabitkan negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala Kumpulan B pula meliputi negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala LUmpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jelas Kementerian Pendidikan juga, berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2021 sebelum ini, sesi persekolahan 2023/2024 ditetapkan pada 12 Mac bagi Kumpulan A dan 13 Mac bagi Kumpulan B.

Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 dikekalkan pada Mac 2023 untuk memastikan KPM mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari, Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari.

Penutup

Jadi, ibu bapa yang mana ada anak bersekolah sesi 2023/2024 ini haruslah mengambil berat akan perkara ini. Ini kerana jika mana-mana sekolah yang menetapkan syarat atau kriteria bukan-bukan tidak seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau pihak Kementerian Pendidikan itu sendiri, maka boleh membuat laporan dengan pihak yang bertanggungjawab.

Diingatkan lagi sekali, tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 RM150 adalah seawal 12 Januari 2023 ya. Semoga bermanfaat untuk ibu bapa bagi ringankan beban kewangan.

Info ringkas:

  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan keluarga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak masing-masing terutamanya semasa sesi persekolah bermula.
  • Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf mempunyai pendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More