Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 NGO Dipercayai Untuk Misi Bantuan Banjir

Misi bantuan banjir selalunya akan mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat. Tahap kemanusiaan dalam menghulurkan bantuan rakyat Malaysia seharusnya layak mendapat pujian. Masakan tidak, dengar sahaja di mana pihak yang memerlukan bantuan, berduyun-duyun berebut untuk menghulurkan bantuan.

Sekarang, seperti yang ramai sedia maklum, beberapa negeri terutama Pantai Timur tanah air sedang hangat diuji dengan bencana banjir. Sudah tentu pelbagai agensi atau individu beramai-ramai membuka tabung sumbangan banjir untuk mangsa terlibat.

misi bantuan banjir

Walaupun itu satu usaha yang sangat baik, tapi ada juga beberapa kes yang ada pihak mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain dan menaguk di air yang keruh. Sumbangan yang sepatutnya dihantar pada mereka yang memerlukan disambar oleh pihak tertentu dan tidak dapat dimanfaatkan oleh mangsa banjir.

Ia sedikit sebanyak memberi kegusaran pada hati pada sesetengah penyumbang untuk menghulurkan sumbangan di atas nama misi bantuan banjir.

Senarai NGO 

Di sini, kami senarai 5 NGO atau badan bukan kerajaan yang boleh dipercayai untuk sama-sama kita hulurkan bantuan.

Yayasan Raja Shamri

Sosok tubuh hebat ini, Raja Shamri atau lebih dikenali Abang Raja dalam kalangan kenalan ataupun masyarakat sangat aktif membantu mangsa banjir. Ianya bermula sejak Bah Kuning luar biasa di Kelantan pada tahun 2014 dahulu dan pada ketika itulah Abang Raja wujudkan NGO yang diberi nama Third Force.

Misi bantuan banjir raja shamri

Kini, rangkaian NGO Third Force di bawah kelolaannya dikembangkan ke seluruh negara. Misi bantuan banjir yang dilakukannya bukanlah sesuatu yang baru, tapi aktiviti sukarelawan ini berlangsung sejak sekian lama.

Disebabkan itu, masyarakat tidak perlu meragui usaha yang dilakukan oleh Abang Raja ini dan semestinya sumbangan kita hulurkan sampai kepada mereka yang selayaknya.

misi bantuan banjir

Meskipun dilahirkan tanpa kedua belah kakinya, insan hebat ini mamu buktikan kekurangan diri bukanlah penghalang untuk menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, boleh menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (0309001006666340)- Tetuan Yayasan Raja Shamri. Atau boleh juga terus mendapatkan info di laman facebook rasmi beliau Raja Shamri.

Muslim Care Malaysia Society (MCMC)

Cetusan penubuhan Muslim Care bermula di atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk membantu mangsa gempa bumi di Iran dan Turki beberapa tahun yang lalu. Pada waktu itu sumbangan derma orang ramai walaupun terkumpul dilakukan dengan cara yang tidak tersusun.

Justeru itu, apabila tragedi Tsunami melanda umat Islam Acheh dan Meulaboh serta beberapa negara lain, situasi tersebut menguatkan lagi azam Muslim Care untuk menubuhkan dan menggerakkan Misi Kemanusiaan Tanpa Sempadan Muslim Care dengan seberapa segera.

misi bantuan banjir

Untuk misi bantuan banjir kali ini, Muslim Care Malaysia Society (MCM) sedaya upaya cuba meluaskan bantuan agar lebih ramai menerima manfaat. Makanan panas dimasak lagi untuk dijamah oleh mangsa sebelum malam menjelma.

Bagi yang ingin menyumbang, dijemput ke laman website rasmi Muslim Care atau boleh juga mendapatkan maklumat di laman facebook rasmi Muslim Care Society . Atau antara cara lain yang boleh dilakukan untuk menyumbang adalah boleh terus membuat transaksi ke akaun:
MUSLIM CARE MALAYSIA
  • 564490413882 (MAYBANK)
  • 14014010147470 (BANK ISLAM)
  • 1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA (8604171675 (CIMB)
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco Muslim Care untuk rekod dan dokumentasi.
  • Hotline : 011-50050035
  • En Johari : 016-9978323
  • En Safuan : 013-4886447
  • Cik Suryana : 011-2194119

Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia secara sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 30 Disember 2014. NGO yang diasaskan oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Muhammad Bin Jantan ini sudah mula aktif menjalankan aktiviti sejak pertengahan 2014 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2016.

misi bantuan banjir

Sehingga kini, MVM mempunyai 19 orang kakitangan yang bertugas sepenuh masa untuk memastikan kelancaran pengurusan projek dan tanggungjawab sosial yang lain. Objektif utama MVM adalah memfokuskan kepada pembangunan asnaf dan sukarelawan anak muda. Terdapat 5 segmentasi projek iaitu MVM Hope, MVM Touch, MVM Relief, MVM Unity dan MVM Reach.

Harapan MVM adalah untuk memperluas dan memperkasakan penglibatan anak muda dalam aktiviti sukarelawanan dan kebajikan dalam dan luar negara.

Untuk banjir ketika ini, sukarelawan MVM sedang giat membantu mangsa banjir di negeri Perak. Sebanyak RM50,000 sumbangan untuk menjayakan misi banjir kali ini.

Antara barang yang MVM salurkan adalah makanan asas, set tilam, bantal, tikar getah dan lain-lain. Justeru, sumbangan dari masyarakat sangat dialu-alukan agar lebih ramai mangsa banjir mendapat manfaat dari misi bantuan banjir kali ini.

misi bantuan banjir

Sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang, boleh terus ke:

Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Selain itu juga, NGO ini turut giat membantu pelbagai masyarakat dalam dan luar negara. Berikutan banjir dalam negara yang semakin buruk, Yayasan Ikhlas tidak terkecuali untuk menghulurkan sumbangan dan mengajak beramai-ramai turut menyumbang.

misi bantuan banjir

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More