Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Pembunuh Psiko Paling Kejam dalam Sejarah

Pembunuh psiko adalah jenayah serius yang akan dikenakan hukuman yang berat apabila disabitkan kesalahan. selain dari artikel ini, kami juga ingin kongsikan tentang medical card sekiranya anda magti atau cacat kekal.

Pembunuhan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya adalah dengan menggunakan senjata api atau senjata yang tajam. menggunakan bahan letupan, meracuni mangsa dan pelbagai lagi.

Semua pembunuhan ini kadangkala dilakukan hanya untuk memuaskan hati sahaja kerana mengalami masalah mental atau tekanan perasan.

Pembunuh yang sering diperkatakan ialah pembunuh bersiri kerana cara pembunuhan mereka dilakukan secara bersiri dengan taktik dan target mangsa yang sama.  

Berikut dikongsikan 5 Pembunuh psiko Bersiri Psiko Paling Kejam dalam Sejarah untuk tatapan anda semua.

Isi Kandungan

Senarai pembunuh psiko yang paling kejam dalam sejarah

1. Charles Edmund Cullen

pembunuh psiko

Charles Edmun Cullen seorang jururawat lelaki yang bekerja di beberapa buah hospital di New Jersey, Amerika Syarikat dari tahun 1984 – 2003. Beliau salah seorang dari Pembunuh psiko yang paling kejam.

Disebabkan berlaku pebagai kejadian pelik melibatkan pesakit yang meninggal secara misteri, siasatan dilakukan dan mendapati Charles adalah punca utama kenapa mereka meninggal dunia.  Beliau dengan sengaja memberikan ubat yang salah kepada pesakit dengan niat untuk meracun mereka.

2. Ahmad Suradji

pembunuh psiko

Berasal dari Medan, Indonesia, Ahmad Suradji adalah seorang pengamal ilmu hitam yang mengamalkan ritual pelik dan menakutkan. Beliau membuat pengakuan pada tahun 1986 – 1997, telah membunuh 42 orang terdiri daripada kanak kanak. wanita dan lelaki berumur di antara 11 – 30 tahun.

Beliau  membunuh mangsa bagi melaksanakan ritual kononnya mengikut kepercayaan akan memberikannya harta dan kuasa. Mayat mangsa ditanam di kawasan ladang tebu dengan posisi kepala mayat menghadap rumahnya.

Beliau telah ditahan pada 30 April 1977 selepas puluhan mayat ditemui.  Siasatan lanjut mendapati, ahli keluarga termasuk 3 orang isteri beliau juga turut membantu melakukan pembunuhan tersebut.  Beliau telah ditembak sehingga mati pada tahun 2008.

3. Ted Bundy

pembunuh psiko

Ted Bundy berasal dari Amerika Syarikat.  Dikatakan beliau akan berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menculik wanita, bertujuan untuk membunuh dan merogol mereka. Apabila tertangkap, beliau membuat pengakuan telah membunuh seramai 30 orang wanita dan menyimpan kepala mangsa sebagai koleksi.

Beliau telah dihukum bunuh menggunakan kerusi elektrik semasa berumur 42 tahun.  Peguambela beliau sendiri menyifatkan Ted adalah seorang yang kejam dan tidak berhati perut.

4. Tsutomu Miyazaki

pembunuh psiko

Tsutomu Miyazaki berasal dari Jepun.  Mendapat gelaran sebagai Drakula Miyazaki dan pembunuh kanak kanak perempuan.   Ini kerana beliau akan menculik kanak kanak perempuan, lalu membunuh dan merogol mayat mangsa.  Setelah itu, dia akan meminum darah mayat tersebut.

Apa yang lebih menjijikkan, beliau akan menyimpan beberapa bahagian tubuh badan mayat untuk dijadikan koleksi, ada juga yang diposkan kepada keluarga mangsa dengan niat untuk menakut-nakutkan mereka.

Apabila ditangkap oleh pihak polis, ayah beliau membunuh diri disebabkan kecewa dengan anaknya.   Tsutomu Miyazaki digantung sampai mati pada tahun 2008 semasa beliau berumur 45 tahun.

5. The Zodiac Killer

pembunuh psiko

Seorang pembunuh bersiri yang diberikan gelaran The Zodiac Killer.  Beliau melakukan pembunuhan di sekitar Carlifornia, Amerika Syarikat pada tahun 1960 – 1979an.  Apabila pencarian besar besaran untuk menangkap pembunuh ini dilakukan, pihak polis dan juga media menerima 4 pucuk surat yang menggunakan kod-kod rahsia yang menyimpan mesej rahsia.  Teka-teki dari surat tersebut haruslah diselesaikan, 

Walaubagaimanapun di antara 4 surat tersebut hanya 1 sahaja yang dapat diselesaikan.   Isi kandungan surat tersebut mengatakan pengakuan beliau telah membunuh 37 orang, namun begitu pihak polis hanya dapat mengesahkan mangsa The Zodiac Killer hanyalah 7 orang sahaja.

Lakaran wajah The Zodiac Killer adalah seperti di atas, beliau dikatakan memakai cermin mata, seorang lelaki kulit putih dan kurus. Sehingga kini The Zodiac Killer tidak pernah ditemui dan kes The Zodiac Killer masih lagi disiasat. Seram tengok pembunuh psiko ni.

Menurut berita berkenaan dengan dalam negara kita, tidak mustahil benda ini akan berlaku sekiranya kita tidak dalam mengawal emosi kita sebaik baiknya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More