Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Resepi Kek Guna Blender Jer

Kek merupakan sejenis makanan atau pemanis mulut yang memang sudah tidak asing lagi kepada semua orang. Tidak kiralah dikalangan budak kecil sehingga yang dewasa.

Saya sendiri suka makan kek. Asal dengar nama kek, pasti sudah terbayang bentuk kek yang cantik dan comel hiasan krimnya dan rasa keenakan keknya. Gluppp.. tertelan air liur la pulak.

Resepi Kek
Resepi Kek

Adakah korang peminat tegar kek? atau sekadar rasa nak mencuba resepi tapi mixer tiada atau rosak? Jangan jadikan alasan tiadanya mixer untuk buat kek yang anda idamkan.

Tapi…jangan pula korang guna blender bekas lada. Nanti dapat perasa baru pula kek korang. Kek Pedas Mudah Guna blender.

Kali ini saya akan kongsikan 5 resepi kek guna blender jer nak buat. Tak payah mixer-mixer bagai.

Isi Kandungan

RESEPI KEK PISANG

 
Bahan-Bahan :
*Tepung Gandum 2 cawan
*Soda Bikarbonat 1 tsp
*Baking Powder 1 tsp
*(Ayakkan yg bertanda *) ketepikan seketika 😁
*Bahan (Blender)
*Pisang 6 biji besar klw pisang kecik letak dalam 10 biji
*Telur 3 biji Gred B
*Minyak jagung 1 cawan sis guna jenama Daisy
*Gula 1/2 cawan gula putih
*Gula 1/2 cawan gula perang
*Esen Vanilla 1 tsp
*perasa pandan @ perasa pisang letak dalam 1@2 titis..x letak pun xapa
RESEPI UNTUK 12 BIJI PISANG BESAR
Bahan-bahan:
*Tepung Gandum 4 cawan
*Soda Bikarbonat 2 tsp
*Baking Powder 2 tsp
(*Ayakkan yg bertanda*) ketepikan seketika
*Bahan (Blender)
*Pisang 12biji besar / 15 biji klw sedang²
*Telur 6 biji
*Minyak jagung 2 cawan@boleh guna minyak masa pun boleh..tpi sis guna minyak jagung ya jenama Daisy
*Gula pasir 1 cawan
*Gula perang 1 cawan
*Esen Vanilla 1/2 tsp
*perasa pandan @ perasa pisang letak dalam 2 titis..tak letak pun tak apa
Cara-cara:
1 – Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder
2 – Satukan pisang, gula pasir&perang, minyak, telur,perasa pandan 2 titis..yg perasa pandan x letak pun boleh..dan esen vanilla dalam blender..sis blender dalam 2@3 minit begitu
3 – Blend seketika utk mixkan dia
4 – Satukan bahan ayak dengan bahan blend, kacau sebati… Guna [email protected] sis guna hand mixer 😁
5 – Sediakan loyang dengan sapukan planta …sis guna jenama planta serbaguna.. untuk bagi kek tak melekat di loyang
6 – Masukkan dalam loyang dan bakar api atas bawah..suhu 150@170.. sminit sis letak dlm 40@60 bgitu..saya putar yg guna api atas bawa ye..sis agak2 jak masak dia..cucuk guna garfu ya untuk tahu masak ka belum..klw masi belum masak putar lagi masa dlm 20@40 minit bgitu, klw x melekat dah masak da tu..klw msak dah masa dia belum habis..bagi putar pigi 0 jak bgi mati 😁 mengikut oven masing²

sumber : FB ميه سلميه

RESEPI KEK CHEESE LELEH

 
Bahan-bahan:
*2 biji telur gread A
1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula (saya kurangkan)
*2 sudu susu pekat
*1sb ovalate
2sb susu tepung
1sk baking powder
1sk soda birkabonat
*1sk esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
1/4 cawan minyak masak
Cara-cara:
1.Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
2.Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat
3.Satukan adunan yg dah blander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
4.Last skali letak minyak masak dan gaul sebati
5.Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je.
6.Guna acuan plastik pun bole jg. masa kukus sama.
*Guna loyang 30 atau 40 minit atau hingga masak.
Topping
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
Cheddar cheese diparut secukupnya
P/s: Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit ditengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi. Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan. Senang jee.
Kalo xnak pun takpe bole je pakai acuan plastik yang lubang tu pun ok je.
selamat mencuba.
credit : NorAzizah Razali

RESEPI KEK COKLAT MOIST

Senangnya nak buat kek, tak perlu guna mixer. Hanya masukkan semua adunan dalam pengisar dan terus kukus. Selepas siap dikukus, curahkan coklat sehingga meleleh, yummeh.

kredit : FB

 

Resepi Kek Pandan Kukus

Bahan-bahan
 
  • 3 biji telur (saya guna gred B)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 penutup esen vanila (guna saja penutup botol esen vanila. 1 penutup lebih kurang 1 sudu kecil)
  • 1 penutup perisa pandan
  • 1 penutup pewarna hijau
  • 1 cawan tepung naik sendiri
Cara penyediaan
  • Panaskan pengukus dengan api sederhana.
  • Blend dahulu telur dan gula lebih kurang 2 minit.
  • Kemudian masukkan minyak, susu pekat, ovalette, esen vanila, perisa pandan dan pewarna. teruskan blend lebih kurang 2-3minit.
  • Keluarkan campuran tersebut dalam mangkuk dan tambahkan tepung ke dalamnya sedikit demi sedikit.
  • Letakkan kertas minyak pada loyang dan sapukan minyak pada loyang tersebut bagi mengelakkan kek yang sudah masak melekat.
  • Tuangkan dan tapis adunan tadi ke dalam loyang bagi memastikan tiada ketulan tepung.
  • Kukus selama sejam.
 
Alatan yang perlu ada di rumah untuk menyediakan kek pandan ini
 
  • Cawan (pastikan guna cawan yang sama ye setiap kali sukatan dibuat)
  • Loyang (saya guna saiz kecil saja lebih kurang diameternya 7″)
  • Kertas minyak (kalau tiada poun tak mengapa rasanye sebab nanti sapukan minyak je pada loyang)
  • Blender (Saya guna blender pensonic yang murah tu je)
  • Penapis (saya guna tapis teh je tapi yang saiz besar)
  • Periuk pengukus
  •  
#Sedikit tips
 
Balut penutup periuk kukus dengan tuala tebal supaya air tidak jatuh pada permukaan kek (Saya pernah cuba guna kain perca tapi tidak menjadi). Rujuk gambar di bawah.
Biarkan kek sejuk lebih kurang 1/2 -1 jam sebelum dipotong.
 

RESEPI KEK OREN

Loyang persegi: 9″ 
Bahan-bahan:
1 biji buah limau – limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren
Cara-cara:

Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.

Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.

Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit – 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.

Nota:
Sedap juga dibuat cupcake atau dikukus. Saya bakar pada 150C selama 50 minit.
Sumber: Azie Kitchen 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More