Resepi Ayam Masak Ungkep Mudah, Lazat & Pedas

Ayam masak ungkep ialah hidangan ayam tradisional Indonesia, terutamanya dari Jawa, yang dimasak perlahan-lahan dengan menggunakan rempah-ratus yang dikisar sehingga meresap ke dalam isi ayam.
Proses ‘ungkep’ merujuk kepada teknik memasak dengan cara menggelegak dan ditutup rapat agar ayam menjadi lembut dan rempah meresap sempurna ke dalam daging, sering kali menghasilkan hidangan yang boleh diratah begitu sahaja atau digoreng sekejap untuk menghasilkan lapisan luar yang rangup.
Oleh itu, berikut admin akan kongsikan resepi ayam masak ungkep untuk anda semua diluar sana sebagai rujukan.
Isi Kandungan
Resepi Ayam Masak Ungkep
Resepi ayam masak ungkep yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat ayam masak ungkep ini adalah seperti berikut:
- Lebih Kurang 2cm-3cm Halia
- Lebih Kurang 3cm Kunyit Hidup
- 12-17 Biji Cili Padi (Ikut Kepedasan Masing-Masing)
- 10-12 Biji Bawang Merah
- 5-6 Ulas Bawang Putih
- 1 Sudu Kecil Biji Ketumbar
- 1 Sudu Kecil Jintan Manis
- 1 Sudu Kecil Jintan Putih
- Sedikit Minyak
- 1 Batang Serai
- 1kg Ayam (Potong 10-12)
- 1-2 Cawan Air
- 1-2 Keping Asam Keping
- Garam Secukup Rasa
- Gula Secukup Rasa
- Perasa Secukup Rasa
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk membuat ayam masak ungkep ini adalah seperti langkah-langkah berikut:
- Kisar halia, kunyit hidup, cili padi, bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis serai yang telah diketuk sehingga naik bau.
- Kemudian, masukan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak. Pastikan bahan-bahan yang dikisar ditumis sehingga betul-betul pecah minyak jika tidak cili tadi akan membuatkan anda sakit perut.
- Kemudian, masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam menjadi kecut dan masak.
- Tambah air sedikit demi sedikit. Masukkan asam keping.
- Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tidak hangus atau hancur.
- Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit perasa pilihan.
- Masak sehingga kuah agak kering dan ayam menjadi empuk. Jika suka berkuah, tidak perlu masak sehingga kering.
- Boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas-panas.
Selain resepi ayam masak ungkep ini, anda juga boleh dapatkan lagi resepi-resepi terkini, viral dan menarik DISINI.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!



