Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Ayam Masak Kurma Sedap & Kuahnya Pekat

Ayam masak kurma ialah hidangan Melayu klasik yang popular di Malaysia, di mana ia merupakan sejenis gulai ayam dengan kuah pekat dan berempah yang dipengaruhi oleh masakan India, tetapi berbeza daripada kari kerana tidak menggunakan serbuk cili.

Hidangan ini menggunakan serbuk rempah kurma, santan dan bahan seperti ayam dan kentang, menghasilkan rasa yang kaya, manis dan sedikit creamy, serta aroma yang wangi dari rempah seperti kayu manis, bunga lawang dan cengkih.

Oleh itu, berikut admin akan kongsikan resepi ayam masak kurma untuk anda semua diluar sana sebagai rujukan.

Isi Kandungan

Resepi Ayam Masak Kurma

Resepi ayam masak kurma yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Ayam Masak Kurma Sedap & Kuahnya Pekat 1

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat ayam masak kurma ini adalah seperti berikut:

  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3 Biji Bawang Merah
  • 2 Inci Halia
  • ½ Mangkuk Kecil Minyak
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 4 Biji Buah Pelaga
  • 2 Kuntum Bunga Cengkih
  • 1-2 Tangkai Daun Kari
  • 1 Pek Rempah Kurma / 3 Sudu Besar
  • Sedikit Air
  • ½ Ekor Ayam
  • 1 Batang Karot
  • 1 Biji Kentang
  • 1 Mangkuk Kecil Santan Cair
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1 Mangkuk Kecil Santan Pekat
  • 1 Biji Tomato
  • 2 Biji Cili Merah
  • 2 Biji Cili Hijau
  • 3 Biji Cili Padi
  • Sedikit Air Asam Jawa / Asam Keping
  • Garam Secukup Rasa

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk membuat ayam masak kurma ini adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
  2. Panaskan minyak. Kita perlukan minyak yang secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.
  3. Tumis rempah 4 sekawan iaitu kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  4. Masukkan daun kari.
  5. Setelah itu, masukkan bahan tumbuk halus tadi, kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  6. Bancuh rempah kurma dengan air.
  7. Kemudian, masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah menjadi kering dan pecah minyak.
  8. Setelah kering, masukkan sedikit air.
  9. Setelah kering kali kedua, masukkan sedikit air lagi. Kalau rajin, anda boleh ulang langkah ini sebanyak 2 hingga 3 kali sehingga rempah betul-betul masak.
  10. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan.
  11. Masukkan karot dan kentang yang sudah dipotong dadu besar.
  12. Tambah santan cair. Kalau anda guna santan kotak, boleh masukkan air putih sahaja pada waktu ini.
  13. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah 6.
  14. Apabila karot dan kentang sudah agak empuk, buka penutup kuali dan masukkan santan pekat.
  15. Masukkan tomato yang sudah dibelah 4, cili merah yang dibelah 2, cili hijau yang dibelah 2 dan cili padi.
  16. Masukkan sedikit air asam jawa. Jika mahu ganti dengan asam keping juga boleh.
  17. Perasakan dengan garam secukupnya.
  18. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas-panas.

Selain resepi ayam masak kurma ini, anda juga boleh dapatkan lagi resepi-resepi terkini, viral dan menarik DISINI.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More