Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Ayam Masak Halia Lazat & Berkhasiat

Ayam masak halia adalah hidangan masakan terutamanya Cina Malaysia yang menggabungkan potongan ayam dengan halia, bawang putih, bawang merah, dan sayuran lain seperti lobak merah atau brokoli, kemudian dimasak dengan sos yang terdiri daripada sos tiram, sos kicap, dan perisa lain. 

Hidangan ini terkenal dengan rasa ayam yang lembut dan haruman halia yang kuat, sering disajikan dengan nasi putih panas-panas untuk makan malam yang lazat dan berkhasiat. 

Oleh itu, berikut admin akan kongsikan resepi ayam masak halia untuk anda semua diluar sana sebagai rujukan.

Isi Kandungan

Resepi Ayam Masak Halia

Resepi ayam masak halia yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Ayam Masak Halia Lazat & Berkhasiat 1

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat ayam masak halia ini adalah seperti berikut:

  • Minyak Masak
  • 500g Ayam
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Kunyit
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 2cm Halia
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Kicap Cair
  • Sedikit Lada Sulah / Lada Hitam
  • 1 1/2 Sudu Kecil Tepung Jagung
  • 1 Biji Cili Merah
  • 1 Biji Bawang Besar
  • Garam Secukup Rasa
  • Gula Secukup Rasa
  • 1 Tangkai Daun Bawang

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk membuat ayam masak halia ini adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Panaskan minyak.
  2. Gaul ayam yang telah dipotong kecil bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih yang telah dihiris nipis bersama halia yang telah dihiris halus memanjang sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
  6. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan sedikit taburan lada sulah / lada hitam. Kacau seketika dan pastikan jangan sampai bawang putih hangus.
  7. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Kemudian, masukkan air bancuhan tepung jagung tersebut dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Boleh tambah sedikit lagi air jika anda mahukan kuah yang lebih.
  8. Taburkan cili merah yang telah dihiris nipis dan bawang besar yang telah dihiris nipis membulat dan kacau selama 2 hingga 3 minit sebelum diangkat.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga dengan ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.
  10. Akhir sekali, boleh angkat dan tabur dengan daun bawang yang telah dihiris panjang anggaran 2cm dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas-panas.

Selain resepi ayam masak halia ini, anda juga boleh dapatkan lagi resepi-resepi terkini, viral dan menarik DISINI.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More