Resepi Ayam Masak Paprik Pedas, Manis & Masam Yang Seimbang

Ayam masak paprik ialah hidangan Malaysia yang sangat popular dan berasal dari Thailand.
Hidangan ini menampilkan ayam masak tumis dengan sayuran seperti capsicum dan bawang, serta rasa pedas, manis, dan sedikit masam yang seimbang, sering kali dipertingkatkan dengan sos tiram, sos ikan, dan daun limau purut untuk aroma dan rasanya yang unik.
Hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi putih dan mudah disediakan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.
Oleh itu, berikut admin akan kongsikan resepi ayam masak paprik untuk anda semua diluar sana sebagai rujukan.
Isi Kandungan
Resepi Ayam Masak Paprik
Resepi ayam masak paprik yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat ayam masak paprik ini adalah seperti berikut:
- 3 Sudu Besar Minyak Masak
- 2 Ulas Bawang Putih
- 1 cm Halia
- 1 Sudu Besar Cili Kisar
- 1 Sudu Kecil Pes Tomyam
- 300 gram Ayam (Campuran Bahagian Isi & Tulang)
- 1 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Sos Cili
- 1 Helai Daun Limau Purut
- 1 Batang Serai
- 5 Biji Cili Api
- 1/2 Labu Bawang Besar
- Sedikit Sos Ikan (Pilihan)
- Sayur (Bunga Kubis, Kacang Panjang & Capsicum Hijau)
- Sedikit Air
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk membuat ayam masak paprik ini adalah seperti langkah-langkah berikut:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah diketuk, halia yang telah dihiris nipis, cili kisar dan pes tomyam sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan kacau selama 2 hingga 3 kali atas api yang besar.
- Masukkan kicap manis, sos cili, daun limau purut, serai yang telah diketuk, cili api yang telah diketuk dan bawang besar yang telah dihiris kasar. Boleh juga masukkan sedikit sos ikan jika anda mahu.
- Masukkan bahan-bahan lain seperti sayur beserta air dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas-panas.
Selain resepi ayam masak paprik ini, anda juga boleh dapatkan lagi resepi-resepi terkini, viral dan menarik DISINI.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!




