Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Resepi Puding Mudah dan Cepat

Setiap kali bulan Ramadhan, setelah seharian berpuasa, sememangnya pelbagai makanan atau minuman  menjadi keinginan kita semua,  antaranya pencuci mulut ini iaitu puding. Tetapi ramai tidak tahu sebenarnya ada resepi puding special yang sangat mudah dan cepat untuk dimasak.

Dengan penyediaannya yang sangat mudah dan  tidak memakan masa lebih daripada 1 jam.  Ia menjadi pilihan ramai untuk dijadikan hidangan pencuci mulut sewaktu berbuka.

Jadi, mari kita semak, 5 resepi puding mudah dan cepat yang boleh anda cuba.

Memang senang dan dapat berjimat di musim PKPB ini!

Isi Kandungan

 

RESEPI 1  :  PUDING ROTI KISMIS

resepi puding roti

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 30 gm mentega dicairkan
  • 80 gm kismis
  • 4 biji telur dipukul
  • 475 ml susu segar
  • 150 gm gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Carik- carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yang bersesuaian.
  2. Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
  3. Di dalam ‘mixing bowl’ pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yg berisi roti tadi.
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.
  5. Boleh dihidangkan panas-panas atau simpan dalam peti sejuk. Terpulang pada citarasa anda!

*Resepi asal oleh beancurd dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/2396-puding-roti)

RESEPI 2  :  PUDING KARAMEL

resepi puding karamel

Bahan-bahan:

  • 400cc (400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur – pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning – pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • (Karamel)
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

*Kredit : Resepi asal oleh yani dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/82-puding-karamel) Gambar  : Alya

RESEPI 3 :  PUDING BELANG

resepi puding belang

Bahan-bahan:

  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

*Resepi asal oleh junjs11 dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/1367-puding-belang)

RESEPI 4 : PUDING CUSTARD COCKTAIL

?????????????

Bahan-bahan:

  • 5 cawan susu segar/sejat
  • 3-4 sb tepung custard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
  • secukup cocktail buah ikut pilihan

Cara Penyediaan:

  1. Tepung custard dilarutkan bersama 1 cawan susu yang ada. Masak lebihan susu dengan gula hingga mendidih dan masukkan larutan tepung custard tadi dan kacau terus hingga pekat. Matikan api dan biarkan sejuk.
  2. Simpan custard di dalam bekas bertutup supaya permukaan custard tak berkulit.
  3. Bubuh secukup buah cocktail ke dalam gelas hidangan. Tuang custard secukupnya di atas cocktail ketika ingin menghidang.

*Resepi asal oleh kakfida dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/20672-custard-cocktail-mudah)

RESEPI 5 : PUDING RICH CHOCOLATE

resepi puding coklat

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. Psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

*Resepi asal oleh junsjs11 dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/1071-rich-choc-pudding)

Anda Dah Cuba Resepi Puding yang Mana?

Bagi pengemar puding, ia sungguh membangkitkan selera bukan. Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, anda dapat menyediakan hidangan pencuci mulut yang sangat lazat ini. Selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More