Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Jenis Bawang yang Anda Perlu Tahu

Bawang adalah salah satu bahan masakan yang paling utama perlu ada kerana ia adalah perencah dalam memberi aroma dan kesedapan sesuatu hidangan. 

 

Jadi, inilah 6 jenis bawang yang anda perlu tahu.

 

1. Bawang Merah (kecil)

Bawang merah kecil ini dikenali sebagai Dayak bawang dan ia akan berada di setiap dapur kerana bawang ini akan digunakan untuk memasak atau dimakan mentah saja.  Bawang jenis ini juga rasanya lebih manis berbanding bawang merah besar walaupun ada sedikit pedas dan berangin.

 

2. Bawang Merah (besar)

Fungsi bawang merah besar dalam masakan sama saja seperti bawang merah kecil tetapi tidak ramai yang akan makan mentah bawang merah besar kerana rasanya tidak berapa manis, berangin dan pedas. Selalunya bawang ini, akan ditumis dahulu sehingga baunya naik. Kemudian, baru bahan seterusnya akan digaul bersama tumisan bawang tersebut.

 

3. Bawang Shallot

Bawang shallot berbentuk bujur dan kecil-kecil dan sering terdapat di negara Asia. Rasanya pula manis dan rasa sedikit pedas.  Jenis hidangan yang sering digunakan bawang ini adalah hidangan panggang atau dicampur dengan hidangan sayur-sayuran salad.

 

4. Bawang Putih

Bawang putih merupakan jenis bawang yang berwarna putih kekuningan dan berbentuk lonjong. Rasanya pula rasa pedas dan sangat berangin! Jadi, bawang putih ini biasanya digunakan dalam  masakan China. Tambahan pula,  ia juga berfungsi sebagai penambah aroma dalam masakan untuk menjadikan lebih lazat.

Contoh masakan yang sering di bawang putih adalah nasi goreng, roti bawang, stik, Aglio Olio dan banyak lagi kerana bawang putih memang cukup fleksibel dalam penggunaan dalam masakan.

 

5. Bawang Holland

Bawang holland sangat terkenal dalam masakan. Lebih-lebih lagi, rasanya yang lemak, sedikit pedas dan berangin yang membuatkan bawang jenis ini sangat penting dalam setiap masakan.

Digunakan untuk memberi rasa yang sedap kepada sup, masakan daging, tumisan yang menggunakan api yang tinggi (saute), dan stew. Jika dalam resepi menyatakan bawang, selalunya paling selamat gunalah bawang kuning ini. Bawang ini memberikan imbangan rasanya yang sedap dan lebih manis

 

6. Bawang Mutiara

Bawang Mutiara ini berbentuk kecil dan berwarna putih dan selalunya tidak digunakan untuk memasak tetapi, selalunya dipanggang untuk dimasak untuk stik atau campuran salad, dibuat acar, atau direbus. Sukar untuk dapatkan bawang mutiara di Malaysia kerana bawang ini berasal dari Indonesia.

 

Perbezaan jenis bawang dalam masakan

Ternyata untuk tujuan masakan, setiap jenis bawang memberikan rasa dan fungsi yang berbeza.  Ia juga digunakan mengikut kesesuaian resepi masakan yang ingin dimasak.  Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pemilihan semasa membeli bawang.

 

SEMOGA BERMANFAAT!

 

sumber : Kerepek Bawang Dinda

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More